Pages

Friday, October 26, 2012

Dari Mata Turun ke Hati

Bulan lepas, kaknim ajak saya pergi majlis kahwin anak seorang rakan sekolahnya. Kami pergi dengan kereta yang berasingan. Kaknim menjemput seorang rakan di PJ, dan saya pula menjemput kawannya yang lain di stesen komuter Subang Jaya.

Kawan kaknim yang saya jemput tu, mengalami 'partial blind' yang bagi saya agak teruk, dan suaminya pun, dengan kehendak Allah, juga buta. Nak dijadikan cerita lagi, dalam perjalanan menuju tempat jemputan tu, saya tersesat entah sampai mana, lalu hiway yang entah apa-apa. Dalam kereta saya mengeluh sebab sesat, ditambah lagi dengan jalan yang sesak. Allah sahaja yang tahu betapa saya benci drive di KL. Tapi saya cuba kawal diri menahan stres. Saya berbual2 dengan akak tu dengan suaminya. Dalam perbualan kami, akak tu dengan suami dia asyikla meminta maaf dengan saya kerana bagi mereka, kerana merekalah saya tersesat jauh, kerana merekalah saya tak dapat ke majlis tu sekali dengan kaknim, kerana merekalah saya terpaksa menghadap jam yang sangat teruk tu. Saya hampir menangis bila akak tu beriya-iya meminta maaf pada saya kerana takut dia susahkan saya. Saya bukan apa, saya tak kisah pun menghadap jam tu, tapi yang buat saya resah dan stres waktu tu adalah bila memikirkan mereka akan sampai lambat ke majlis kahwin tu. Sayalah sepatutnya orang yang dapat hantar mereka ke majlis tu lebih awal :( tapi, Allah tak izinkan, kerana sebenarnya Allah nak saya belajar sesuatu dari mereka.

Bila berinteraksi dengan orang buta, saya dapat rasa aura mereka yg tersangat lain dari manusia 'sempurna' yg lain. Tutur kata yg baik, sangat down to earth, muka tenang, buat kita rasa segan. Tak pernah pun saya tengok orang buta memaki hamun orang lain. Muka senyummm memanjang. Sedangkan untuk manusia oku yg lain (kudung kaki tangan, tapi sihat penglihatan), pernah aja saya lihat menuturkan kata-kata tidak enak didengar telinga.

Tak, tak, bukan saya nak cakap kita yang 'sempurna' ni lebih elok pekertinya dari yang kudung kaki tangan tu, tapi sekadar untuk membandingkan betapa mata itu punca rosaknya akhlak. Rosak akhlak yang mana, mulut tanpa segan silu memaki hamun, melukakan hati yang mendengar. Kalau yang kudung kaki tangan tu pun kita rasa mereka tak patut memaki hamun, inikan pula bila kita yang sempurna secara fizikal. Yalah, yang kudung kaki, tangan tu barangkali tertekan dengan hidup yang terbatas pergerakannya, lagi-lagi bila mata dapat melihat bagaimana manusia yang 'sempurna' lain jalani hidup. Dapat bergerak laju, memegang itu ini, berlari dan sebagainya. Tapi kita yang 'sempurna' ni, apa pula alasan kita untuk memaki hamun, untuk mengeluh?

Daripada mereka saya belajar betapa mata itu pintu kepada segala punca yang membentuk hati, yang seterusnya membentuk peribadi. Andai baik perkara yang melalui jendela mata seseorang, maka eloklah hatinya, maka cantiklah peribadinya. Tetapi andai minda tidak menapis segala perkara yang ada di depan mata, kelak bimbang yang buruk nampak elok, yang elok pula nampak umpama cela. Bila mata gagal menapis segala perkara yang dilihat, hati mula immune terhadap perkara negatif. Di peringkat inilah manusia jadi tak sensitif terhadap perasaan dan pandangan orang lain.

Kerana matalah manusia miskin boleh jadi cemburu pada yang kaya. Hati yang cemburu kemudian menukar si miskin jadi perompak.
Kerana matalah iman di hati seorang lelaki tumpas dek bodekan wanita 'penghias' dunia. Akibatnya, nafsu jadi raja dalam diri, menakluk minda tanpa batas.

Kerana matalah, wanita 'kurang cantik' merasa cemburu melihat yang 'cantik'. Dari hati yang cemburu, wanita kurang cantik mula kufur nikmat, mula percaya kuasa lain selain kuasa Tuhan yang menciptakan dirinya. Mula mencari dukun sana, bomoh sini untuk 'repair' wajah kononnya untuk tambah keyakinan diri.
Hebat bukan impak mata? Dek kerana mata yang melihat, ditambah lagi minda pula salah menafsir, segumpal darah bernama hati tu jadi busuk. Lahirlah masyarakat yang immune memaki hamun, yang hidup berebut akibat harta, yang hidup berpaksikan nafsu duniawi, yang semakin jauh dari hakikat sebenar kejadian manusia. Dan malang seribu kali malang, busuk-busuk hati tu lah yang paling payah nak rawat.

Bila saya sedar benda ni, saya rasa rugi sangat-sangat. Rugi sebab sedar saya dikurniakan pancaindera yang sempurna, tapi alahai.. Hati saya tak sebersih mana. Hidup penuh keluh kesah, syukur pada Allah kurang. Ruginya!
Agak-agaknya kalau zaman sekarang ada meter pengesan kebersihan hati manusia, ada orang yang peduli tak nak bersihkan hatinya yang kotor? Kalau ada meter tu sekarang, ada orang tak yang rajin nak ukur kebersihan hatinya selalu? Bangun tidur ukur, jumpa kawan ukur, bergurau dengan kawan ukur, solat ukur, nak tidur pun ukur lagi. Hihi sori berkias banyak, tapi mesej yang nak disampaikan kat sini adalah, meter pengesan kebersihan hati manusia, hati kita adalah minda kita sendiri.

Minda perlu dibiasakan untuk mengukur kebersihan hati dengan cara kerap mempersoalkan kerasionalan sesesuatu tindakan yang dilakukan. Contohnya, katakan kita bergurau dengan kawan-kawan. Lepas bergurau tu, tanya balik diri, ada tak gurauan kita tadi tu macam sensitif. Kalau rasa macam tak yakin, minta sahaja maaf dari kawan tu. Mintak maaf bukan sahaja dapat menjernihkan yang keruh, malah dapat menambahkan manis pada hati ;) so bila buat macam ni selalu, hati mula sensitif, mula bekerjasama dengan minda supaya lebih berhati-hati dalam gurauan kita yang seterusnya  :)

Thursday, October 11, 2012

Sorry mak, your husband is too awesome.

Mak pesan, jangan menangis. Takut nanti tak redha dgn ujian Allah. Mak cakap, bukan sy sorang yg hajat tak kesampaian nak konvo dengan abah. Mak pun ade hajat sendiri. Mak selalu bayangkan pegi haji dengan suami tersayang.

Bile pk balik, mak abah tak penah pun gi honeymoon so haji tu lah honeymoon yg mak impikan sangat2.

Bile mak cakap camtu, baru sy sedar sy mcm selfish sangat call mak nangis2 rindu abah sedangkan mak punye ujian lagi besar.

Mak kehilangan someone yang bercinta lama dengan dia.

Mak kehilangan someone yang buat dia kuat jadi suri rumah berpuluh2 tahun; kerja yang takde mc takde annual leave tu. Semua untuk keluarga lelaki kesayangan dia tu.

Mak kehilangan kawan masjid dia.
Mak kehilangan someone yang tersenyum happy bile mak masak masakan paling simple.
Mak kehilangan someone yang pernah menangis tengok kaki isteri dia melecur kena minyak panas.
Mak kehilangan someone yang sangat2 sayang anak2 dia.
Mak kehilangan someone yang berusaha cari duit demi sesuap nasi untuk keluarga dia.
Mak kehilangan someone yang sangat sabar.

Mak kehilangan seorang lelaki yang jadi sebab kuat dia tabah melakukan kerja yang paling mencabar dalam dunia.

Mak kehilangan teman haji.

Mak kehilangan teman di meja makan.

Atas sebab2 itu, ujian mak lah paling besar sekarang. Lagi tambah ujian, bila ada anak yang baru hidup dengan lelaki tu 23 tahun, tapi tak boleh cope dengan pemergian lelaki tu, even da 6 bulan lelaki tu pergi menghadap Ilahi.

Pernah dengar orang kata, berdosa kalau buat mak menangis.
Maka hari ni, itulah dosa saya. Mak risau dengan saya yang macam tak redha lagi ni.

Mak risau Allah murka dengan anak dia so doa menangis.
Mak pesan, jangan menangis. Redhakan diri. Sibukkan diri dengan aktiviti seharian.
Sori mak, your husband is too awesome. But for the strength you have, you are double, triple, infinite more awesome than that super awesome guy. And for that, I will do what you do. I'll be strong, lillahi ta'ala.
I adore your strength and courage, mak.