Alangkah rugi diri bila setelah beribu hari menghirup udara di bumi Tuhan baru mahu sibuk menyempurnakan solat wajib. Sempurnakan wudhu'nya, ruku'nya, sempurnakan sujudnya. Sempurnakan amalannya. Sempurnakan pakaiannya. Zakatnya. Hatinya.
Kemana perginya beribu hari sebelum tu, di saat orang lain sibuk mengejar ibadah sunat mereka.
Hidup tidak lama, esok belum tentu ada lagi. Hidup hanya berpegang kepada InsyaAllah seratus peratus.
Apalah makna menggembirakan hati sendiri sambil berpijak di atas tanah yang dipinjam, tanpa mempedulikan larangan Yang Memberi Pinjaman itu. Ke mana pergi rasa malu pada Yang Memberi Pinjaman. Hutang dengan-Nya keliling pinggang, tak rasa segan ke nak bawa hutang tu masuk tanah pula nanti? Kalau 'duit' tiada, apakah mampu untuk kita bayar hutang di bawah tanah tu nanti? Ish, malulah.
Haih. Sudah2 lah tu tidur atas tanah pinjaman. Takut nanti terjaga waktu malam pula. Sudah lewat untuk kerja.
0 commentaire:
Post a Comment