Pages

Friday, October 28, 2011

Alangkah Rugi

Alangkah rugi diri bila setelah beribu hari menghirup udara di bumi Tuhan baru mahu sibuk menyempurnakan solat wajib. Sempurnakan wudhu'nya, ruku'nya, sempurnakan sujudnya. Sempurnakan amalannya. Sempurnakan pakaiannya. Zakatnya. Hatinya.

Kemana perginya beribu hari sebelum tu, di saat orang lain sibuk mengejar ibadah sunat mereka.

Hidup tidak lama, esok belum tentu ada lagi. Hidup hanya berpegang kepada InsyaAllah seratus peratus.

Apalah makna menggembirakan hati sendiri sambil berpijak di atas tanah yang dipinjam, tanpa mempedulikan larangan Yang Memberi Pinjaman itu. Ke mana pergi rasa malu pada Yang Memberi Pinjaman. Hutang dengan-Nya keliling pinggang, tak rasa segan ke nak bawa hutang tu masuk tanah pula nanti? Kalau 'duit' tiada, apakah mampu untuk kita bayar hutang di bawah tanah tu nanti? Ish, malulah.

Haih. Sudah2 lah tu tidur atas tanah pinjaman. Takut nanti terjaga waktu malam pula. Sudah lewat untuk kerja.

Thursday, October 13, 2011

Craving for Foods in Miri

Assalamualaikum.

And Hello.

And good evening.

Jam sekarang menunjukkan pukul 1.46 pagi. And I'm craving for Miri's food. Macam mana nak selesaikan? Hanya boleh berdoa dan berharap Allah bawakan kita semua makanan tu pagi esok atas meja di dapur. Kalau dapat mimpi makan makanan tu semua tu pun dah syukur sesangat dah. Barangkali malam ni boleh tukar doa tidur jadi "Ya Allah ya tuhanku, temukanlah aku dengan rezeki-Mu di Miri dalam bentuk makanan seperti Kinky Burger, lalapan ayam, mi kolok, mi jawa dan semua makanan yang tertulis dalam status fesbukku malam ini, dalam mimpiku. Amiin"


Semua makanan terimbau di benak pemikiran sampaikan saya tak tahu nak taip yang mana satu dulu. Maka hasilnya, orang yang baca status saya di atas sekadar suka2 will end up kasi respon macam ni :



Ha. Tengok. Lagi payah dari thermo kaaww. Padahal cakap pasal makanan je. Ni la akibatnya kalau banyak sangat benda yang mahu dilafazkan dalam satu nafas. Tapi serius, saya tak kisah jadi gemuk sebab makanan Miri. Malah, saki baki gemuk ni la yang buat saya makin nak datang Miri untuk mendapatkan makanannya sekarang. Kalau diberi peluang kedua untuk duduk di Miri, saya tak kisah! Hanya kerana makanannya, saya tak kisah (-__-) Saya nak cerita apa yang buat saya ketagih Miri, dalam bentuk makanan.

1) Kinky Burger

Sebenarnya nama gerai yang menghasilkan burger ni ialah Kinky Fat Chef Kitchen (KFCK). Tapi kami panggil Kinky burger for short. Keistimewaan burger di gerai ini ialah kerana sos dan burger patty buatan sendiri gerai tersebut yang jadi signature KFCK tu. Memang tak boleh lawan mana2 burger gerai lain yang pernah saya makan selama ni! Ini siriyussss tak tipu punya!


Aku stress level 27 sebab upload gambar macam ni dalam entry ni. Sebab aku post, tapi burger nya enggak ada depan mata (-___-)

Dan disebabkan terlalu kerap makan kinky burger, secara kebetulan satu petang tu wartawan Utusan datang untuk menemu ramah tuan gerai tersebut. Dan secara kebetulan juga, kami memang ajak memembe intern beramai2 petang tu. Maka wajah2 kami end up dengan bangganya dalam akhbar Utusan kerana kinky burger tu sebagai the only customer yang ada. Muka kau pernah masuk paper sebab makanan? Aku dah!! (angkat tangan tinggi2)


Full page punya story!


Klik sini untuk baca keratan akhbar tersebut. Tolonglah tengok!


Dan buat yang malas nak klik tu, ni gambar kami dalam artikel tersebut. Hihi :

Ni la aktiviti kami lepas balik ofis. Menggelupur cari makanan macam tak lunch tak breakfast. Memang dasar mutant hybrid ulara sawa campur dinoso.
Yang seronoknya, burger sini tak la mahal mana untuk kesedapan berganda tu. Sebiji burger lebih kurang RM5. Ya, agak mahal dari burger jalanan lain. Tapi sirius, kena rasa dulu baru boleh nilai RM5 ni berbaloi atau tidak!

2) Lalapan ayam.

Lalapan ayam kedai Muara boleh diklasifikasikan sebagai antara spesis2 makanan yang wajib dimakan kalau ke Miri. Yang buat lalapan ayam kat kedai ni paling sedap adalah sambal dia. Memang kalau kau kasi aku semangkuk sambal lalapan tu aku boleh kasi jilat sampai licin. Kalau boleh nak rendam tangan 7 hari 7 malam dalam sambal tu so that bau tu kekal lama kat tangan! Anytime aku rindu lalapan tu, aku boleh cium tangan aku n dannnng hilang rindu kat lalapan!




Sambal dia sangat2 la special. Kalau customer order baru dia buat dalam pinggan clay tu. Kiranya sambal tu memang fresh gilo la senang cakap. Memang takyah risau sambal tu basi ke hape ke. Kau serang je dapur kedai Muara tu, nanti kau nampak la pekerja tu dok melenyek bahan2 sambal tu dalam pinggan tu. Best kan? Anyway, harga sepinggan lalapan ayam dengan sepinggan nasi dengan semangkuk sup adalah RM8. Aku rasa RM8 tu berbaloi untuk makanan sesedap ini. A must-try! Mak abah aku yang pernah ke kedai Muara ni pun cakap lalapan ni terboek!

3) Buah terap

Orang semenanjung mesti pelik kalau aku sebut buah terap ni. Sebabnya, memang aku tak pernah jumpa buah terap kat semenanjung. Buah ni memang eksotik, payah nak jumpa, dan bermusim!


So inila buah terap. Sekali pandang macam buah cempedak, tapi isinya putih, lagi lembuttttt dari cempedak. Tapi, sirius aku cakap, rasanya sangat2 lah lain dengan cempedak atau nangka! Rasanya memang eksotik! Rasanya manis yang tidak keterlaluan, dan baunya, masyaallah! Rasa macam mau buat bantal tido je! Dan, cuba perhatikan kulit buah ni. Dia tak macam cempedak. Kalau cempedak/nangka kulit dia flat je kan.. tapi buah terap ni tak. Dia macam berduri, tapi tak tajam, dan lembut. Dari pemerhatian aku, 'duri' buah terap ni mampu berfungsi sebagai span yang super spongy sebab fizikalnya yang panjang dan ala2 elastik gitu. So, kalau jatuh dari pokok, takdelah efek isi buah tu. Subhanallah :)


Dan, kalau cempedak nangka bentuknya melonjong sikit, buah terap ni membulat je bentuknya :)

Dan alhamdulillah, aku dapat jugak la bawak balik buah terap ni ke semenanjung untuk family aku rasa. Aku bawak balik 2 biji. 1 untuk makcik aku, 1 lagi untuk rumah aku. Memang semua suka. Even makcik aku pun terkenang2 buah tu sampai sekarang. Insyaallah kalau ada rezeki lagi lepas ni untuk ke Miri, aku nak datang waktu musim buah ni so that aku dapat bawak balik lagi untuk family and makcik aku :)

Aku rasa aku dah penat menaip. Aku rasa lain kali aku tulis entry pasal makanan Miri. Nak buat tag baru pasal makanan Miri ni iaitu Miri : The Food. Sehingga berjumpa di lain entri! :)

P/S : Keputusan untuk duduk 8-bulan di Miri tak pernah aku kesalkan. Banyak benda aku belajar pasal hidup. Banyak ciptaan tuhan aku tengok. Dan aku bersyukur dijumpakan dengan makanan sesedap tu kat Miri. Macam mana pulak rasanya makanan kat syurga kan? Usaha lah supaya kita dapat makan makanan yang jauh lagi sedap di sana ;)