Well there's a saying no pain no gain. I know.
11 years ago
Et je l'aime.
Haa macam ni lah! Tangan tergesel2 dekat pipi sebab hormon EXCITEMENT tu menggeletek2 muka aku. Dan terkepit2 kaki sebab menggedik. Kuuuuss!
The upstream oil sector is a term commonly used to refer to the searching for and the recovery and production of crude oil and natural gas. The upstream oil sector is also known as the exploration and production (E&P) sector.
The downstream oil sector is a term commonly used to refer to the refining of crude oil, and the selling and distribution of natural gas and products derived from crude oil. Such products include liquified petroleum gas (LPG), gasoline or petrol, jet fuel, diesel oil, other fuel oils, asphalt and petroleum coke.






Engineering Team Project
- A must for all the third year engineering students in UTP.
- Consists of 5-6 multi-engineering-background students.
- From the word TEAM, we know that the course aims to enhance the teamwork spirit of the members. Kan?
- Boleh buat projek sendiri2 kalau mahu fail subjek ETP.
De, kau kalau nak buat onar boleh beragak tak? (intonasi Nan Sempit)
Fa (gantian Wa) agak berapi di sini.
the fools who write the textbooks of advanced mathematics are the most clever fools and the fools who write a 406-pages book on reservoir simulation are the most clever among the fools who write the books on advanced mathematics. and i'm in the lowest rank of the fools; not for writing a book. but for not understanding what the other fools tried to say in the book-Fad-
The hard-cover version of the book. I bought the paper-back version; cheaper at RM10.50 after discount. After reading the Introduction I think I would rate this book 10/10.The answer for your other WHY's are simply:
1) I feel like the book is stimulating my brain. It is equipped with good diagrams for my brain.
2) The book contains mental exercises - good for positive emotions
3) Can help to improve one's problem-solving abilities
4) The writer is good in creating an interactive communication through his writing. I feel like having the authors in front of me - telling the stories about the brain
5) I don't wanna have alzheimer at young age - don't wanna have this at all; as long as I breathe
and that is how I decided to use my brain well, efficiently. So I bought the book. It's cheap moreover :D

- V5 Goes Green -
Dulu waktu mula2 masuk V5SR waktu sem Jan 08 dulu, aku pernah berangan nak buat kempen hijau dalam V5 ni. Hoho. Tak sangka aku ni berfikiran hijau ke? Ya, otakku hijau. Aku sangatlah particular dalam hal2 alam semesta ni. Tapi sekarang ni dah ada kuasa sikit dalam V5SR, aku berlagak berkuasa lahaha. So, V5 Goes Green ni berada di bawah naungan aku. Kempen ni akan berlangsung di V5 selama 2 bulan. Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah:
1) Kempen kitar semula dan jimat elektrik
Sebab - aku perasan tahap kesedaran student2 kat sini tentang kepentingan kitar semula sangatlah kurang. Dan, melihatkan lampu koridor dinyalakan sesuka hati di siang hari. Durhh, somebody please care! You're heating the globe!
2) Aktiviti gotong-royong
Penjelasan - aktiviti ini diadakan dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Perak Tengah. Lokasi sekitar Bandar Sri Iskandar. Penduduk setempat dan ahli JKK turut terlibat. Boleh percaya ke ni idea aku? Oh my god! Reason? Saje nak berbakti kat tempat yang ditumpangi~
3) Persembahan teater hijau
Untuk ni, kami jemput Tronoh Theatre Shop untuk berlakon.
4) Trip ke Gua Tempurung
Plan asalnya nak pergi Tasik kenyir, tapi fellow reject sebab jauh sangat. Wuwu
5) Kutip derma
Sumbangan yang dikumpul akan disalurkan kepada Yayasan Anak Warisan Alam (itu plan kami setakat ni. Tapi sedang menghadapi masalah teknikal). Sumbangan akan dikutip melalui jualan tiket teater dan sumbangan pihak2 yang mahu menderma.
6) Pelancaran V5 Green Day
Ya, Greenday band sedap tu. Pelancaran V5 Green Day ini bertujuan mengharamkan penggunaan bekas makanan dan plastik di kafe2 dan di mini market V5. Tujuannya, untuk mengurangkan penghasilan sampah setiap hari di dalam tong sampah di setiap rumah. Ini adalah kerana tinjauan saya mendapati hampir keseluruhan isi tong sampah terdiri dari bungkusan2 makanan. Ini sangatlah tidak elok walaupun bekas makanan itu berasal dari bahan organik.
Itulah serba sedikit tentang V5 Goes Green. Kalau rajin silalah lawati blog V5GG yang masih dalam proses pembikinan lagi.
http://v5goesgreen.blogspot.com/
Oh ya, lupa mahu cakap. Event ni merupakan kolaborasi antara Village 5 Student Representative dan International Student Council di UTP ini.
- Engineering Team Project -
Subjek yang wajib diambil sem ni. Setiap kumpulan terdiri daripada 5-6 orang pelajar dari pelabagai jurusan kejuruteraan. Setakat ni tajuk projek belum ditetapkan lagi.
- Robocon 2010 -
Memandangkan pertandingan bulan 6 nanti, kami berehat dari membuat robot sebentar. Tema Robocon kali ni : RoboPharaohs Build Pyramids (sila klik untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ni)
Mr Shalaby ada trademark beliau tersendiri :
1) Kalau kelas bising, beliau akan diam dan mengetuk meja dengan marker. Kuat, yang mane sume orang benci bunyi tu dan akan terus diam dan fokus dalam kelas.
2) Beliau akan memulakan kelas dengan ucapan : 'Today, Insyaallah bla bla bla' dengan nada tersendiri. Tak pernah miss sekali pun.
3) Beliau aja memang best. Beliau berjaya buat aku takut untuk tertidur dalam kelas. Aku pernah sekali je tertidur dalam kelas beliau. Tudir (salah eja lagi) sebab waktu tu zaman aku terlebih tidur. Maka aku terbiasa tidur, dan aku perlu tidur dalam kelas itu. Takleh tahan!


1) Sesi untuk belajar Matlab tu hanyelah 1 jam, sekali seminggu.
2) Sesi Matlab lab (huduhnya bunyi) aku adela selepas kelas WCP, pukul 9 pagi. (reason ni macam takde kaitan kan? Tapi aku rase yang seterusnye ye)
3) Matlab lab tu terletak di Blok 19, dan kelas WCP aku tu kat Blok 14. Terdapat perbezaan jarak yang ketara di sini ya tuan puan.
4) Perjalanan dari Blok 14 ke Blok 19 mengambil masa selama 7 minit kalau kau berjalan dengan gaya sukses. Kalau dengan gaya super sukses, 3minit. Kalau ultra sukses, kau akan sampai on time. (Nape? Tu maknenye kau tak pegi klas WCP sebelum tu. So, sesape yang sampai lagi awal dari aku dan kawan2, aku tau la pendajalan yang telah kau lakukan) Aku dan kawan2 jalan dengan gaya sukses.
5) Tapi bile kami melampau sukses, kami perlukan makanan untuk kelihatan bertenaga. So, kami akan singgah di cafe untuk beli breakfast. Kamonla paham, kelas before tu kol8 ok. Tak salah kan kalo kitorang topup tenaga dulu kan kan kan?
6) Dan bile da sampai lab, kene duduk melanguk kat lua lab tu pulak. Aku rase tak pernah sekali pun aku n kawan2 lain bile sampai je lab tu, dapat terus masuk lab tu. Penah pun sekali je, sebab kitorang memang lambat tym tu. Nape kene tunggu before masuk lab? Bace lagi..
7) Pintu-pintu kat sini sume ngade-ngade. Nak kene ade ID kad pak gad/staff, baru boleh bukak. Dan, nak cari staff kat floor tu memang payah walaupun sepatutnye ade ramai je staf sebab kat situ la terletaknye lab2 bebudak foundation. Ntah mane diorang pegi waktu kitorang perlukan diorang, aku pun tak tau. (untuk pengetahuan semua, yang mengajar untuk lab ni bukanlah staf/lecturer. So diorang tade access kad. So bile pengajar tu datang, diorang kene cari pulak ID kad staf. Buang mase lagi)
8) Dan dengan pelbagai masalah di atas, tukang pengajarnye datang lewatlah pule kan. Kalo aku pegi cafe tapaw kuih before pegi lab tu, siap boleh menunggu lagi kat lua lab tu sambil makan. Hah. Ape cite tu?
Wanita : Aa nak tumpang tanye boleh? Nape ngan mesin ni ye? (Sambil menunjuk ke skrin mesin pinjam buku tu)
Aku buat balik prosedur meminjam buku kat mesin tu. Skrin memaparkan bende yang same. Ahh. Mesin ni masalah.
Aku : Saya rasa anda patut pergi bertanya pada staf bertugas. (Sambil menunjuk ke arah kaunter sirkulasi, tapi hampeh. Takde sorang staf pun kat situ.)
Wanita : Anda ambil kos apa?
Aku : Cari minyak. (Dan senyum manis ala2 Dang Anum)
Wanita : Tahun berapa?
Aku : Tahun dua, sem dua. (Senyum manis sekali lagi)
Wanita : Oh, saya sengaja bertanya. Saya pelajar baru di sini. Dan saya sedang buat intensif inggeris di sini.
Aku : Ohh, saya lihat (I see).. Jadi, bagaimana Malaysia? (Mesti pelajar asing dah bosan dengan solan ni kan?)
Wanita : Bagus.. .. .. (dan pujian yang biasa berterusan)
Aku : (Tertunduk mengambil kertas2 hasil fotostat di bahagian tengah mesin). Baguslah macam tu :)
Wanita : Bla bla bla, ok, saya pergi dulu :)
Aku : Ok lah camtu. Gembira bisa ketemu :)
Dia berasal dari Uzbekistan. Berumur 22 tahun. Seorang uncovered muslim, harap anda faham. Sedang melakukan ijazah kedua dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik di sini. Baru sampai Malaysia 3 minggu. Ijazah pertamanya merupakan Law, dibuat di negaranya sendiri. Aku buat muka pelik bila dia cakap dia ada ijazah law. Langsung dia menerangkan, dia mahu jadi lawyer yang spesifik dalam bidang elektrikal. Aku buat muka kagum. Kalo aku jadi kau, cukuplah aku ada satu ijazah saja. Ni pun sekarang sudah merungut mahu berhenti. Tapi dia ni lain. Kulihat buku bertimbun atas meja di depannya. Memang layaklah dengan pencapaian kau sekarang kataku.
Dan dia tanya satu soalan ni, yang buat aku termenung sejenak.
Wanita2 kat Malaysia ni pakai tudung sebab waktu sekolah memang mewajibkan pemakaian tudung ke?
Otak aku berputar mencari jawapan. Aku tanya diri aku, nape ko pakai tudung fad? Aku rasa sebab masuk sekolah agama dulu yang buat aku pakai tudung. Kalau ikut sejarah hidup aku waktu sekolah rendah, aku mampu jadi remaja liar. Sius. Tawaran masuk sekolah agama menyelamatkan aku. Aku pun jawab, Oh, saya pun tak pasti. Dalam keluarga saya, umur 13 tahun sudah pakai tudung. Aku tak pasti jawapan aku tu ikot piawai atau tak. Tapi sejujurnya lidah aku kelu! Dia pun cakap lagi :
Di negara saya kebayakan wanita tidak bertutup. Dan bila melihat ramai wanita di Malaysia yang bertudung, saya kagum. Ada universiti di negara saya yang melarang pemakaian tudung dan hijab kerana isu pengganas. Di sana ada ekstremis yang menggunakan hijab mereka untuk sembunyikan senjata. Sebab itu ada universiti yang melarang pemakaian hijab. Ramai wanita yang hanya duduk di rumah selepas berkahwin. Biasanya sang suami saja yang akan mencari rezeki untuk keluarga. Tugas wanita hanyalah menguruskan rumahtangga. (Aku membeliakkan mata, tak percaya!) Di negara saya, wanita tidak akan sembahyang di masjid. Tapi di Malaysia ada! Di negara saya, kami melakukan solat sunat itu macam solat fardhu. Tapi apa yang saya tahu di Malaysia ini, hanya solat fardhu yang dilakukan di masjid.
Saya juga kagum bila ramai perempuan di Malaysia ni yang memandu. (Terbeliak lagi) Di negara saya, statistik kemalangan sangat kurang dan memang tak ramai pun yang memandu. Oh, sangat lainlah Malaysia dan Uzbekistan! Ku fikir kita sama sahaja!


Secara umumnya, UTP dibina berkonsepkan bentuk bintang yang mana setiap sisinya melambangkan keseimbangan jasmani rohani n bla bla bla aku pun tak tahu. Hmm. Keseimbangan jasmani rohani n bla bla bla? Bila sebut pasal keseimbangan bende-bende ni, aku tengok sekeliling aku, aku wat kesimpulan bahawa UTP belum mencapai misinya (kalo ditengok dari konsep bangunannye la kan).