Pages

Showing posts with label Mengarut dan Merapu. Show all posts
Showing posts with label Mengarut dan Merapu. Show all posts

Friday, November 13, 2009

and time has ruined my date

Tak cukup mase lah. Yela, bile kite ade dengan orang tercinta, mane cukup sejam due jam tige jam kan. Paling kurang mesti sembilan sepuluh sebelas jam kan. Ni stakat jumpe 3 jam, alahai. Ape sangatlah yang boleh dibuat bersama. Kalau buat pun, mesti berkejaran dengan mase.

Tapi saye ikut cakap pakar cinta, Dr V. Kenal ke? Kalau tak kenal buat2 kenal ok. Beliau ni memang pakar dalam soal memahami pasangan kite, lagi2 pasangan AKU hendaknye. Beliau memang arif dalam soal hati kami. Ape2 persengketaan muram durja segala duka, kami berdua akan merujuk pada beliau.

Hmm. Biasanya, aku dan pasangan aku akan memperuntukkan waktu date kami untuk melakukan 5 perkara :

1) Solat subuh berjemaah
2) Solat zohor berjemaah
3) Solat asar berjemaah
4) Solat maghrib berjemaah
5) Solat isya' berjemaah

Bagus kan kitorang? Korang pernah ke date dengan balak2 bunga2 korang dengan solat berjemaah sesame dari subuh ke isya'? Tak pernah kan? Haa maka jelaslah list kat atas tu bukanlah aturcara date kami, tapi adelah list yang dituntut dalam islam hendaknya. Peace, jangan baling pasu kat aku ok! Actually pasangan aku tu tak bagi aku dedahkan aturcara date kami dalam blog aku, die kate 'takut ade orang lain tiru aktiviti kite la yang' so aku ikot je la katenye. Sorry la u guys, kami berdua perlukan privacy untuk melakukan aktiviti2 kami so tak bolehlah aku bitau korang. Takut kalau korang tau, korang kacau daun. Hek hek hekkk

Aku masih ingat lagi, Dr V pernah pesan aku (malah banyak kali berpesan) supaya dalam 5 aktiviti rutin tiap date kami itu, dahulukan 1, 3 dan 5. Maka aku dan pasangan aku berjanji setia di bawah Kod 135 Perlembagaan Bunga2 Cinta Layu di Pusara agar kami mendahulukan aktiviti 1, 3 dan 5 itu.

Betapa setianya aku pada pasanganku, sejurus sahaja bersua bertentangan mata, aku berpesan pada kekasihku tercinta "Sayang, jangan lupe. Dr V pesan kite buat aktiviti 1 dulu. Pastu baru 3. Pastu baru 5. Pastu suke hati la nak buat yang lain bile. Dr V kate kalau kite wat camtu, kebahagiaan ketenangan dan kesejahteraan kite sejagat terpelihara hingga akhir zaman" dan pasanganku berangguk tanda setuju.

Maka kami pun melayari bahtera date kami dengan asyik dan penuh kegairahan. Aktivit 1, 3 dan 5 tu, aku tak tau la nak cakap best ke tak. Ape yang pasti, aktiviti2 tu makan banyak mase. Aku gelabah bile tengok jam da pukul 11 (setelah 2 jam bertemu). "Alamak sayang, sempat ke nak buat aktiviti 2 dan 4 camni? Kite ade 1 jam je lagi untuk bersama hari ni" kataku pada kekasihku dan berbuat muka sedih mahu berpisah. "Macam tak sempat. Tapi buat je la yang. Yang penting jangan tertinggal. Aktiviti 1 dan2 tu menentukan kebahagian kite, sayang" jawab kekasihku. Akibat cair gila babi dengan kata2nya aku berusaha gegeh demi mengecapi kebahagiaan bersama.

Menjelang saat2 terakhir, aku berserah. "Sayang, kite akan dipisahkan oleh waktu yang mencemburui kebahagiaan kite dalam beberapa ratus saat lagi. Maka itu ingin daku berkata, cukuplah hubungan kite sampai sini sahaja. Aku serik bersamamu sayang.. Asal date mesti dapat jumpe kejap je. Batinku tersiksa bersamamu sayang. Biarpun ini pahit untuk kite, kite harus terima kenyataan." ujarku menahan air mata dari tumpah bergalon galon. Kekasihku lantas berkata "Ok no hal. Aku boleh cari pempuan lain. Sememangnya tiap 6 bulan aku ada kekasih baru. Kekasih yang paling ku sayangi adalah yang dapat bertahan denganku selama 12 bulan dan lebih". Cis bedebah punya kekasih! Aku punya sadis mahu berpisah dia boleh bertenang. Inilah lelaki dasar buaya haa! Itula Encik Newton Runge-Kutta Thomas bekas kekasihku. Memang dasar kafir laknatullah betul buat aku camni haa! Pempuan2 kat lua tu hati2 kalau jumpe Encik name ni haa. Kalau tak, haih. Makan bubur nasi lah korang! (Nasi sudah menjadi bubur)

---------------------------------------------------------------------------------

Huaaah!! Dapat jugak aku merepek lepas frust bercenta! dan setelah sekian lama tidak memanjakan blog. Hek hek hek. Pape pun, kisah di atas adalah kepanjangan-kenambahan kepada ringkasan berikut :

- Hari ni aku ade paper Computional Methods - ni la date aku
- Paper pagi, dari 9am ke 12noon - 3 jam je
- Aktiviti itu bererti soalan dalam exam
- Kekasih baru Encik Newton Runge-Kutta Thomas adela orang2 baru yang amek 'subjek' ni tiap sem. Dan sesungguhnye Encik Newton Runge-Kutta Thomas sangat sayang dengan orang2 yang repeat paper tu. Sebab tu boleh berkasih dengan beliau hingga 12 bulan lamanya. Dan aku berdoa agar aku tidak tergolong dalam golongan yang berkasih dengan Encik Newton Runge-Kutta Thomas hingga 12 bulan! Tak nak!



Encik Newton Runge-Kutta Thomas, nyah engkau dari kamus hidupku!

Wednesday, October 28, 2009

Ni tak tipu punya! Konpem!

Speed test



Hai. Saya Nurul, sahabat sejati dan jujur anda yang tidak menipu. Saya dengan ini mengumumkan kejayaan saya secara jujur dan ikhlasnya dan tidak menipunya, saya menaip 40 perkataan seminit dan bukan macam kawan saya yang itu.

Piiraaah!
Takde sape caye kau la!
Ptuihh ptuih!


P/S : Sesape nak test, dipersilakan sangat2 =)

Saturday, September 12, 2009

Ini Post Yang Mengaibkan Saya

Tapi, lantaklah. Saya mahu bercerita.

Hari ini saya dan rakan-rakan seperjuangan meraikan Ramadhan ke-21 di Hotel Syuen, Ipoh. Semua berpakat memakai baju raya dan saya tidak berkecuali. Majlis Raja-raja Melayu sahaja yang berkecuali. Kami suka bermakan-makan buffet di Ipoh kerana kadarnya yang murah. Kat mana lagi anda nak dapat makan buffet Ramadhan RM20? Ya atau tidak?

Kami yang beraya 10 hari awal. Memang saiton.

Saya bawak kamera. Saya mengambil gambar dan gambar saya turut diambil. Tapi saya malu. Gambar saya waktu makan, nauzubillah. Macam kera dapat bunga.

Waktu ni saya memang sedang mengunyah kek besar dan sengaja nak buat muka mcm ni. Konon nak rosakkan gamba orang lain yg berposing sakan. Nah amek kau. Memang buruk.

Kemudian saya malu. Cuba untuk kunyah cepat2. Boleh amek gamba lawa2. Tapi, belum sempat habis kunyah, kawan saya snap lagi.

Nasib baik sempat tutup mulut.

Kemuadian saya kata. "Ok, aku control sikit". Lalu saya bahagikan kek hancur dalam mulut tu kepada dua. Separuh saya simpan di pipi kiri, lagi separuh saya simpan di pipi kanan.

Ini pula jadinya.

-------------------------------------


Letak gamba fevret tym makan je lah.




Perihal gamba :

Tempat : D'aman Ria, Ara Damansara.
Masa : 2009
Alasan gamba buruk : Mahu berbuat dajal pada sorang membe yang tak balik sempena ujung minggu. Lepas amek gamba ni, aku MMS kan pada si kawan itu. Kawan itu suka makan piza. Kawan yang jeles itu reply : kua ja sey! (bermakna kurang ajar shit!)







Perihal gamba :

Tempat : Old Town Cafe, Jalan Yap Kwan Seng.
Masa : 29 November 2008. Masih segar di ingatan.
Alasan gamba cacat : Tak pernah disuap orang dengan kek birthday. So tak tahu angle mana yang patut aku pusingkan muka. Tapi aku rasa ok lah. Natural beauty.



---------------------------------------


Salam sayang dari kami yang terkinja ninja mahu beraya.

Monday, August 24, 2009

Tetap dan Walaupun

Tetap 1
Life's hectic sekarang. Assignments, presentation, test, kuiz, V5SR, robocon. Tapi alhamdulillah, aku tetap buat assignment walaupun malas. Tetap stadi untuk kuiz walaupun malas. Tetap stadi untuk test INTRO TO OIL & GAS INDUSTRY yang senang gile babi walaupun aku tau aku terer gile gaban untuk subjek tu. Petik jari, jawapan dah tertulis kat kertas. Haa.. power tak power aku, korang tentukan.

Astaghfirullah..


Tetap 2
Tetap terlibat dengan kelab robotik di UTP ini walaupun aku sorang je pempuan yang tinggal di dalamnye setelah ramai yang pergi intern dan sibuk dengan projek. Malah, tetap cool designkan robot untuk group aku walaupun tak pernah seumur hidup aku dalam robocon ni aku berjaya design robot dengan gemilang (when I say design, I mean drawing). Terer tak terer aku, korang tentukan.


Ni la design robot yang aku wat untuk group aku tu.



Keistimewaan : mengepit mengikut sistem gunting dan 4 lengan boleh digerakkan dalam satu masa.

Sumpah hepi gile bile dapat design robot ni.


Tetap 3
Tetap meraikan kejayaan mereka2 yang berjaya dan mereka2 itu tahun ini merujuk kepada seorang insan sahaje.




Ops. Salah letak gamba.




Ha. Yang ni. Inilah beliau yang berjaya itu. Tahniah, Kak Nad. Kawin nanti jangan lupa hidang buah naga untuk saya dan Mad. Kami tak mahu berebut dan bermasam muka dan berhasad dengki bom mengebom sesama sendiri dek sebiji buah naga.


Tetap 4
Tetap gagah melangkah ke kelas walaupun aku rasa aku perlukan sebuah kerusi roda otomatik untuk pandu aku ke kelas. Kereta? Tak nak. Aku tak mahu memandu. Dan aku tak reti memandu. Ha. Gelakla. Esok2lah aku register untuk lesen.

P/S : By the time aku tulis ni, Zai da tepon Pakcik Lesen untuk daftarkan aku dan Mad. Time kasih Zai. So korang leh stop gelak dah. Aku nak amek lesen tak lame lagi!


Friday, July 11, 2008

Iklan : Member Cari Awek

Nama beliau Pejul Arep. Pendek. Masih bersekolah di sekolah rendah lagi. Oh maaf. Itu kisah 7 tahun lepas. Sekarang beliau rasa beliau sudah besar. Masuk unibesti sudah. Suka bola. Bola pun suka beliau. Buat masa ni, beliau berkasih sayang dengan bola. Mencurahkan kasih sayang pada bola melalui kaki, melalui tendangan dan sepakan. Hari ni aku terima special request dari beliau.

faizul89ajul: crikan aku awek satu~
faizul89ajul: haha
faizul89ajul: bolehkan>
faizul89ajul: ;p
faizul89ajul: chaow!

Special request melalui chatting. Hoi kawan! Cari senirilah! ;p

Tapi takpe, aku nak jugak wat iklan kat sini. Berikut merupakan profil beliau :

Seorang 'fire'man. Sebab suke main api dan jugak suke fire orang. Wa penah kena sama dia!


Akibat diri beliau yang agak membahayakan; suka main api, badan berapi-api, cakap mulut keluar api, beliau dikehendaki Pihak Berkuasa Tempatan JayBee.


Setelah 2 bulan berada di bawah kawalan PBT JayBee, beliau akhirnya berubah. Mewakili institusi tersebut ke pertandingan nasyid bertempat di KMPk. Menang tempat berapa, aku tak pasti. Negatif satu barangkali. Oh ya. Betul. Tempat ke negatif satu.


Turut menjadikan Dato' On ja'afar sebagai idola. Turut mencontohi gaya pakai songkok Dato' Onn~ Baliau chenta pada Dato' Onn. Buat peminat Dato' Onn, sila hubungi saya. Saya ada klon Dato' Onn dalam simpanan yaini Incik Pejul ni la.




Ade sape-sape nak?