Pages

Showing posts with label Happy. Show all posts
Showing posts with label Happy. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Internship Placement : Pencarian Tamat :)

Baru 2 hari yang lepas saya post entry menangis meraung merayu mintak tempat intern. Dan hari ini, sewaktu sedang melipat2 baju (gaya emak2 melipat baju, bersimpuh di lantai sambil mendendangkan lagu anakku sazali), SKO Miri call saya tepat pukul 8.59 pagi, menyatakan application saya diterima! Yeehaaaaaaaaa mari berjoget mak enon bersama hos andaaaa Fadhilah Sallehhhhh!


Yeeiiiuuuuuuuuuuuu terbang sana! Terbang siniii! Bukak kangkang 90 darjah yeeehhhaaaa

Kenapa saya nak sangat jauh2? Sebab, saya nak amek peluang 8 bulan ni untuk hidup merantau jauh. Untuk karier sebetulnya, saya tak nak berpisah jauh dari family :) tapi ni 8 bulan, confirm 8 bulan sahaja. Maka itu, ayuhla kita memilih 8 bulan berbanding selamanya :) Bukankah elok dan manis begitu?

Dan kawan2 rapat semua tau betapa mengidamnya saya untuk intern kat Borneo ni. Saya duduk berzikir Sabah Sarawak saban hari. Kawan dekat, kawan jauh semua tau. Maka bila dah dapat apa yang diidam2kan, saya terasa bagai mahu menjerit satu dunia :) Dan ya, kawan2 semua tumpang jerit sama. Terima kasih kawan2!

Yang tak boleh blah bodohnya, bila nampak nombor Sarawak telefon, hormon EXCITEMENT dirembes bertan2 dalam badan ni, buat aku terkinja2 angkat tepon, macam orang sakit, macam kena sawan babi pun ya jugak. Semua pernyataan seperti "Hello, saya ehem2 dari ehem2" saya jawab dengan "Yeeee" dan senyuman lebar sampai telinga dan tangan tergedik2 macam orang spastik tu. Boleh bayang?

Haa macam ni lah! Tangan tergesel2 dekat pipi sebab hormon EXCITEMENT tu menggeletek2 muka aku. Dan terkepit2 kaki sebab menggedik. Kuuuuss!

PENATLAH TERKINJA KINJA NI!
BUANG TENAGA!
NAK REHAT!

Maka itu, kat sini, saya nak ucapkan terima kasih pada mereka yang berikut:

Mak dan abah
saya yang supportive, yang selalu mendoakan saya, yang selalu menggalakkan saya tengok tempat orang, sehinggalah lahirnya perasaan membuak2 nak pergi Sarawak. Saya percaya, pergi Sarawak untuk tujuan bercuti sangatlah lain kalau nak dibandingkan dengan menetap di sana walau hanya untuk 8 bulan. Saya yakin! :) Dan yang paling penting, pengalaman tu sangatlah berharga!

Ahli family yang lain
termasuk kakak2, abang2 ipar, kakak2 ipar (mane ade) yang selalu mendoakan agar saya dapat pergi blah jauh2 sebab mereka kata mereka nak lawat saya nanti. Dan buat Kak Nim yang terlalu eksited sampai dah beli tiket pergi Sabah daaahh!

Kawan2
yang selalu menyapot saya dengan mengatakan Sarawak itu coool tetapi bila saya ajak mereka pergi sama mereka kata "Hihihihiiiii kau pergi sorang lah faadddd". Maka terpaksalah kita berpisah nuun di Sarawak nuun di Terengganu nuunn di Johor nuunn di KL.

Teman gaduh weekly,
Ahmad Fitri Mohamed yang telah mengapprove proposal saya bertajuk "Saya mahu intern 8 bulan di Kepulauan Borneo boleh taaakkk?". Saya naik turun pejabat beliau beratus2 kali dalam masa 2 tahun lebih untuk dapatkan approval. Eleh, kalau suke kite pegi jauh2 cakap je laahhh. Nak berdalih2 pulak khaan. Kata rindu lah apa lah padahal Borneo ke tak, sama sahajaa. Jumpa tetap 4 kali setahuun!

and,
special thanx to Rafi,
member Robocon yang jugak pernah jadi intern kat Miri tu, sebab banyak bagi tips2 berguna. Kihkihkih. Thanx banyak2 okeh! :)

Sesungguhnya saya dapat
PETRONAS Carigali (Sarawak Operation)
untuk internship :)

P/S : Sungguh poyo tak hengat duniya budak neh kan! Tapi nak buat macam maneee ini impian termakbul sayee!

P/SS : Erk. Baru teringat tadi aku lupe nak tanye aku dapat department mane. Kang tak pasal2 aku jadi tukang fotostat je kang. Kang tak pasal2 masuk paper dengan tajuk "Terbang jauh2, pelatih industri bertugas sebagai typewriterrr" kang. Haaaa camne tuu??

Saturday, January 09, 2010

Aaaaa Inilah Nikmat!

Nikmat 1
Memikirkan esok nak keluar ke Ipoh, walaupun terpaksa menapak untuk ke bus stop UTP. Yang penting esok merdeka yeeehhhaaa!

Nikmat 2
Tengok UTP Village 5 Residential College da ade 67 fans. Aku tidur pukul 5 pagi semalam dok siapkan profile V5 tu, n promote kat orang jugak. Dalam masa 24 jam sekurang2nye ade 2 orang yang jadi fan! Alhamdulillah, senang nak siarkan propaganda pasni yeayyeayyeayy. Wat sesape yang belum jadi fan lagi tu, sile mendaftar. Tak kesah la duduk kat mane2 village pun, kalo anda setuju yang V5 tu best, boleh jadi fan jugak :D

Kalo belum jadi fan, naahhh pegi sini cepat

http://www.facebook.com/pages/UTP-Village-5-Residential-College/412041730242?ref=mf


Nikmat 3
Pasal projek hijau aku kat atas tu, ni update terkini. Paham2lah ye :D

Dear Fadhilah,

On behalf the International Student Council, we do agree to support your ideas and collaborate with your projects.Please let me know if there is anything we can do.
Look forward to further cooperation throughout the year.

UNITED CONTRIBUTION GENERATES EXCELLENCE

***************
President
International Student Council
Universiti Teknologi PETRONAS


A big applause please!

Saturday, August 08, 2009

Permasalahan Hadiah Kahwin

Deskmate waktu sekolah nak kahwin, so aku n Zai dok fikir apa hadiah yang nak dibagi kat pengantin. Trang tang tang jumpa katalog Tupperware kat umah Kak Nim so we browsed it to find a perfect gift untuk Meedi n Dolah. Agak peninglah kami nak memilih hadiah tersebut. Yolah, ni first time cari hadiah kahwin untuk member. Tak reti lagi. Pastu kitorang macam minat ngan satu set container (kalo melayu kite cakap kontena ye tak? Hehe. Bekas lah). Kiut je, Meedi boleh letak rempahs ratuss die (does Meedi cook? Ekeke) n siap ade gift box lagi. Haa memang sesuai sangatlah dibuat hadiah camtu! Tapi bila difikir balik, senonet sangat container tu. Hadiah tu nak letak 4 name, kang terserlah sangat kelokekan aku, Zai, Ayat n Najat kang! So finally we decided to buy a water dispenser. Ni lah rupanya

Kiut kan? Sesuailah ni, nak wat hidup berdua :)



Then aku SMS Fitri :

Nga cari hadiah kahwin untuk meedi, ok x kalo bagi water dispenser?


Dan beliao menjawab :

Carila hadiah yang dua2 boleh guna.


(SMS ni da diolah sikit2 la. Gilos skema kalo menaip msg camni)

Aku pun terpikir, haih, water dispenser ni sebelah pihak je ke yang boleh gune? Ayoyo, terlalu seksiskah hadiahku ini? Beberapa saat kemudian aku mendapat persoalan beserta jawapan untuk persoalan2 aku tadi :

Benda apa yang kite leh nampak tak bersifat seksis?

Calon jawapan : Car polish?
Jawapan : Sah2 Meedi tak membasuh kereta.

Calon jawapan : TV?
Jawapan : Hoii, banyak sangat ke duet ko Fad?

Calon jawapan : Coffee maker?
Jawapan : Ahh, akak aku kawin ritu dapat 2 coffee maker sekaligus. Bosan2.

Calon jawapan : Frame gambar?
Jawapan : Masyaallah, macam hadiah yang aku bagi kat Cikgu Latifah waktu Hari Guru dulu! Tak best2!


So aku rasa, water dispenser tu memang pilihan bijak. So, semalam dah pegi amek water dispenser tu dari kawan Kak Nim yang merupakan dealer Tupperware.. Hehe. Hepi sangat2 bile da dapat hadiah untuk Meedi :) By the time aku taip entri ni, petang ni langsunglah majlis kahwin Meedi & Dolah so aku tak risaulah taip entri ni before majlis diorang. Sebab konfem diorang tak sempat nak online punye! HOorey!

Pesanan untuk Meedi, kalau Dolah langsung tak sentuh water dispenser tu, ko leh bagi omlen bende tu. Sebab niat aku cume nak cari hadiah yang tak seksis je. Wuu

Pesanan untuk Dolah, ko tolong2lah Meedi isi water dispenser tu ngan air masak salu2. Benda alah ni boleh isi 8.7 liter air tak silap aku. So suka hati koranglah nak wat jadual top up air macam mana. Sorang leh isi 4.35 liter air sehari.

Pesanan untuk Meedi & Dolah : Jagalah water dispenser tu elok2. Kalau mak2 kite leh simpan tupperware bertaon2 lamanya n siap boleh cakap : Da doploh taon mak simpan tupperware ni.. Camtu jugaklah yang aku harap jadi kat hadiah korang ni. Tapi olah2 la sikit ayat korang tu.. Cakapla camni.. Da tigeploh taon nenek simpan tupperware ni.. hadiah kahwin dari Nek Fad, Nek Zai, Nek Jat n Tok Yat kamu.. Uhuk2. (Simptom tua) Diorang bagi nenek tupperware je, diorang kahwin nenek n Tok Dolah kamu bagi Ferrari sorang sebijik. Haa, sampai sekarang gagah lagi kereta kuda merah tu.. Uhuk2. Bangga nenek..

OK Meedi? OK Dolah?

Saturday, April 25, 2009

Deskmate da dapat title Puan

Alhamdulillah, ex-deskmate saye waktu skola dulu da selamat diijab kabul dengan pilihan hatinye, Encik Dolah. Saye merasekan sangat gembire di atas kegembiraan Meedi dan Dolah arini, walopon ati saye sedih sbb tak dpt menghadiri majlis akad nikah mereke sbb ade field trip la pulak kan. Teringat dulu zaman sekolah, Cik Meedi kite ni salu nangis sbb majuk ngan Encik Dolah kite ni. Kalo nampak mate Cik Meedi bengkak, saye taula ape sebabnye. Sekarang bende tu da tamat. Diorang akan jalani idup sebagai pasangan suami isteri, n dalam mase yang same tempuhi dugaan sebagai seorang pelajar =) And people, presenting, our hot couple ever....



Ameerah Diana Jasni
&
Abdullah Khairi Kamarul Zaman


=)


Cantik pengantin pempuan kite sowang ni =)



Pengantin laki pun same cantik. Ni aku tak tau la before or after akad.



Hohe. Ni la orang kate, tawa dalam tangisan =)



Meedi dapat bracelet, adiah dari suami die.. Hohee



Ni la antara hantaran Dolah untuk Meedi yang menjadi kegeraman membe2 aku kat sane tadi. Meedi, laptop ko tak ilang kan? Selamat kan? =D



Sesape yang teringin nak kawen tu, tengokla gamba ni salu2 heh. Leh jadi inspirasi korang ;)



Ecece. Adegan Kuch Kuch Meedi Dolah Hei berlaku lah pulee



Same2 kaki bola diorang ni ha. Ni nanti bile da dapat anak, minat diorang mesti bola or chess sbb bapaknye pnah jadi wakil Mesia utk chess ok =D (Fad is being futuristic. Haha)


Kawan2 20th Genaration SMAPL yang memeriahkan majlis. Wuu. Aku takde dalam gambar. Wuu. Ku Ku Sadis Heiii


Meedi, Dolah, aku dari 'jauh' mendoakan kebahagiaan korang berdua. Semoga dipermudahkan segala urusan bersama kelak =)

Friday, April 17, 2009

Get Yourself a CyberSpeed

Internet bandwidth upgraded

Dear all,

Kindly be informed that the Internet bandwidth has been upgraded on 13th. April 2009 and it is running concurrently with existing 8Mbps leased line. This transition period will run for a month (13/4/2009 until 13/5/2009) until we satisfy with the performance. The 8Mbps bandwidth will be cut off and wireless services will be withdrawn in stages once the new bandwidth is stable. During this transition period, you may experience some improvement on the performance, fast response for internet browsing or even disturbances or interruption to the services due to fine tuning that will be carried out from time to time. Hence, we are expecting your feedbacks on any matters related to this exercise before we could firm up on the rules, guides or policy based on the pattern and requirements of the utilization.

Kindly forward your feedback to our helpdesk at ext 8888 or email to helpdesk utp_ithelpdesk@petronas.com.my

Your cooperation is very much appreciated.

Thanks

ITMS Department.


***********************

Dear ITMS Department,

I gladly report that I now can update my blog regularly with fast response during publishing my new entries. You really make me feel like being in a TECHNOLOGY institute with the performance of the current bandwidth. And I feel amazed when my search engine got me the information that I seek for within seconds. It is hoped that you will keep cheering us up with this kind of fun blended with high-technology. Thank you.

P/S : I love you


Fado


Thursday, November 13, 2008

I'm A Big Sister

This is me and my little sis 9 years back. She's a cute creature born when I was 7. And because of her, my title as 'adik' gone forever. But luckily, we never called her 'adik' then. We called her Debot when she was still a baby and Dibah or Ibah when she started losing her 'debotness'. We couldn't really get along because of our age difference and plus, I left home for boarding school when she was 6. But we're just the same. We both like cute and girly stuffs, enjoyed drawing and coloring very much. She'll always admire my stuffs and so do I. And...



...we both look alike! =D

And today she made the whole family proud; she scored 5A's in her UPSR! =) Alhamdulillah. She really made us happy. You can't imagine how worried we all were since the day she told mak that she felt like she'd done a careless mistake in her Maths! Everyone knows how careless she is but today, we are all relieved for this great news! :)






Love you dear!