Pages

Showing posts with label Petroleum Engineering. Show all posts
Showing posts with label Petroleum Engineering. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Pernah anda tahu bagaimana minyak digali dari bawah tanah?

First of all, ingin saya membetulkan fahaman sekalian alam. Tiada istilah GALI MINYAK dalam kamus industri minyak dan gas ni. Mengapa sedemikian, saya harap anda akan menemui jawapannya sebaik anda habis membaca entry saya kali ini. Selamat membacaaaa!

Dulu masa saya mula2 masuk undergrad, otak saya zero pasal ilmu2 minyak ni. Dan saya sendiri tak tau ape yang perlu saya tahu. Semuanya mengharap suapan lecturer. Apa yang disuap itu juga yang ditelan. Diberinya bulat, ditelan juga bulat2. Tapi sekarang saya sedar, kalau nak belajar lebih, kita tak boleh telan bulat2. Kalau disuap bulat, telan petak2. Kalau disuap petak2, telan heksagon2. Kalau disuap cheese cake, baru lah kita boleh telan bulat2. Haaa camtu lah resipi untuk melebihkan ilmu.

OK. Macam mana kita dapat minyak dari bawah tanah? Jawapannya simple.

Cuba bayangkan anda diberi setin minuman berkarbonat. Nah.

Kita bagi nama air ni Koka Koala atau KK for short. Apa akan jadi kalau kita kasi goncang sama itu tin dan pastu bukak penutup tu?

Mestilah meletup kan?

So that's how basically oil is produced from the underground. The concept is simple, but the execution is not as easy as that.

Dalam oil production, we first do surveys to confirm that we do have oil reservoir beneath. Lepas 100% confirm, we install platform at the location and start drilling.


Ngenggg ngenggg ngenggg ngennnnngggggggggggggg (bunyi mesin drilling)
Pics taken from http://www.wellideas.com.sg/well_design.php

Ade banyak isu yang perlu diambil kira waktu drilling. We can't simply drill a hole and expect nothing would happen and assume everything is naturally secured. No, we can't. Though we're drilling, we have to secure the drilled hole to be as if there was no hole drilled at all ie, we have to maintain the hole pressure to be equal with the surrounding formation. Faham tak? This is actually safety issue. Lagipun, kalo tak maintain pressure within the hole, the wall of the annulus will collapse and tadaaaa tersekat la drilling tools kite nanti. So that's basically it.


Imagine that you're drilling a wall. The habuk will come out from the hole kan? So the same thing we're expecting while drilling the earth. We don't want the habuk (ie tanah) to be dumped in the hole. Kite mesti keluarkan sisa tanah tu. Tapi, kalau dalam sangat, mestilah payah tanah2 tu nak keluar kan? So here come the magic fluid yang dipanggil DRILLING FLUID. This fluid will exit from the bit nozzle at a very high velocity and then sweeps the debris up to surface menggunakan kuasa jettttt! (The two arrows show you the flow direction of the cuttings - kalau aku panggil habuk gerudi tu habuk, in drilling operation we name the habuk as cuttings)

Ok. Actually, I didn't plan to tell you on how we drill the well. This will just complicate me. Haha. Bukan tak ikhlas nak menaip, tapi nanti my entry will always end as DRAFT. Kire bertuah la korang kalau dapat bace entry ni. That means, entry ni terselamat dari CERITA YANG TIADA KESUDAHAN. Haha. mari sambung cerita. Eh. Tadi cerita pasal buat lubang. Banyak lagi yang dicerita ni. Ok. Tabah Fad, tabah! Teruskan menulis!

Then, bile dah buat lubang, we secure the well mechanically by installing a CASING.

Ok. Yang kelabu tu, kite panggil casing. Alah, rupe die sebijik macam simen yang kite tengok dalam telaga air. Sebijik lah tu. Tapi yelah, bile da drill tu, die takdelah drill perfectly ikut size casing yang kite nak letak. Adelah tolerance sikit. So bile kite install casing, mebi ade lubang sikit kat keliling casing tu. So that's why we need to do the following:

Pump cement. Ok, dalam gambar atas ni, yang kale kelabu cair kat keliling casing to is what we call CEMENT and it is pumped through the casing anulus. Kire function cement ni lebih kurang macam gam la. Nak buat casing tu kasi lekat sama tanah tu. Faham? Ok proceed.

Kau ingat kite dah boleh produce minyak sekarang? Haihh belum lagiiiik. Ni baru sikit!

Yang aku cite tadi tu, baru Part 1 out of 10 parts in drilling a well. Sebabnye, to build a well, we do it stage by stage. Yelah, cube kau bayangkan. We might aim to drill a 10,000ft well. Takkan lah kau nak drill sampai 10,000ft then baru install casing semua? No, no, nooo. Tak boleh camtu. Tak selamat! Because, the hole might collapse dan ini akan melibatkan kerugian kepada kita!

Inilah kejadian yang perlu kita elakkan!

So that is why, to drill a well, we do it stage by stage. Katakan nak buat 10,000ft punya well. So we build the first interval. Lepas install casing and pump cement for the first interval, we start to drill the second interval. Lepas drill second interval, we put casing, then pump cement. And finally, this is how our well will look like:

Fad, pehal kau lukis casing tu tak balance? Apsal atas besar bawah kecik?

Haaa ni lah aku nak cite ni. It is actually ikut fikir logik je. Bayangkan, lepas ko set casing for the first interval, then how do set the casing for the second interval with the same size? Impossible kan? So that is why, oil well selalunya macam ni rupe die. The casing size gets smaller and smaller when it goes deeper.

Fuuuh. Baru pasal well. Meh aku pakai shortcut untuk habiskan entry ni.

Then bila ko nak produce minyak tu, kau masukkan straw dalam well tu (kejadah straw Fad?). Ala, assume kite gune analogi tin KK tu laa. Ok. This so-called straw, kami panggil TUBING. We then run the tubing into the well.

Sroooottt (bunyi masukkan tubing into the well)

Tadaaa. The black line is the tubing in the well. Tubing inilah laluan minyak kite nanti. That's why I call it straw. Cause it's the one that makes the oil flow. Hihi

Tapi, how do we make the oil from the formation to flow? We run in PERFORATION GUN! Dalam industri oil & gas ni, pembuat perforation gun yang terkenal adelah Schlumberger. Berteknologi tinggi, dan hebat. This perforation gun acts like a gun. It can shoot you dead, mann!


Ok. You can assume that the blue dot in the picture is the bullet from the gun. The gun is driven down using WIRELINE (green line in the picture in circles). When the gun fires, the bullets will perforate both of tubing and casing and penetrate into the formation. Dan tadaaaa! Tubing dan casing kita sudah berlubang! :D

Kemudian, kita keluarkan wireline kita tu, dan kita boleh let the oil flow dengar memegang prinsip bahawa the will be a flow whenever the formation pressure is higher than that of the tubing pressure. Kalau guna analogi tin air KK kita, camnilah :

Macam inilah basically oil kita flow dari bawah tanahhhhh! Cuma beza gambar kiri ngan gamba kanan, aku letak straw kat gamba kanan to demonstrate the oil well :D

Cuuplah tu. Aku nak pengsan dah. Kau ingat senang ke aku nka lukis2 ni? Haha

P/S : Ketahuilah anda bahawa sesungguhnya kalau mengikut hukum alam, tekanan bawah tanah itu tidak akan selamanya mampu untuk membolehkan minyak mengalir masuk tubing. Ada satu masa, pergerakan minyak akan berhenti kerana penurunan tekanan dalam reservoir tersebut. Mengikut peratusan, minyak biasanya direcovered 30%-40% dari jumlah total kalau kita bergantung kepada tekanan reservoir kita. Ini memang hukum alam. Yalah, macam kau minum air dalam cawan guna straw. Pernah kau dapat sedut titisan last tu? Renung2kan lah..

P/S dua kali : Kalau aku rajin aku citelah ape yang kitorang buat bile oil production da capai tahap seperti yang dinyatakan di ataasss okekkk

Next entry : Entry pergi offshore barang kali?


Atau ada entry lain?

Tunguuuuuu ;)

Friday, May 14, 2010

Internship Placement : Pencarian Tamat :)

Baru 2 hari yang lepas saya post entry menangis meraung merayu mintak tempat intern. Dan hari ini, sewaktu sedang melipat2 baju (gaya emak2 melipat baju, bersimpuh di lantai sambil mendendangkan lagu anakku sazali), SKO Miri call saya tepat pukul 8.59 pagi, menyatakan application saya diterima! Yeehaaaaaaaaa mari berjoget mak enon bersama hos andaaaa Fadhilah Sallehhhhh!


Yeeiiiuuuuuuuuuuuu terbang sana! Terbang siniii! Bukak kangkang 90 darjah yeeehhhaaaa

Kenapa saya nak sangat jauh2? Sebab, saya nak amek peluang 8 bulan ni untuk hidup merantau jauh. Untuk karier sebetulnya, saya tak nak berpisah jauh dari family :) tapi ni 8 bulan, confirm 8 bulan sahaja. Maka itu, ayuhla kita memilih 8 bulan berbanding selamanya :) Bukankah elok dan manis begitu?

Dan kawan2 rapat semua tau betapa mengidamnya saya untuk intern kat Borneo ni. Saya duduk berzikir Sabah Sarawak saban hari. Kawan dekat, kawan jauh semua tau. Maka bila dah dapat apa yang diidam2kan, saya terasa bagai mahu menjerit satu dunia :) Dan ya, kawan2 semua tumpang jerit sama. Terima kasih kawan2!

Yang tak boleh blah bodohnya, bila nampak nombor Sarawak telefon, hormon EXCITEMENT dirembes bertan2 dalam badan ni, buat aku terkinja2 angkat tepon, macam orang sakit, macam kena sawan babi pun ya jugak. Semua pernyataan seperti "Hello, saya ehem2 dari ehem2" saya jawab dengan "Yeeee" dan senyuman lebar sampai telinga dan tangan tergedik2 macam orang spastik tu. Boleh bayang?

Haa macam ni lah! Tangan tergesel2 dekat pipi sebab hormon EXCITEMENT tu menggeletek2 muka aku. Dan terkepit2 kaki sebab menggedik. Kuuuuss!

PENATLAH TERKINJA KINJA NI!
BUANG TENAGA!
NAK REHAT!

Maka itu, kat sini, saya nak ucapkan terima kasih pada mereka yang berikut:

Mak dan abah
saya yang supportive, yang selalu mendoakan saya, yang selalu menggalakkan saya tengok tempat orang, sehinggalah lahirnya perasaan membuak2 nak pergi Sarawak. Saya percaya, pergi Sarawak untuk tujuan bercuti sangatlah lain kalau nak dibandingkan dengan menetap di sana walau hanya untuk 8 bulan. Saya yakin! :) Dan yang paling penting, pengalaman tu sangatlah berharga!

Ahli family yang lain
termasuk kakak2, abang2 ipar, kakak2 ipar (mane ade) yang selalu mendoakan agar saya dapat pergi blah jauh2 sebab mereka kata mereka nak lawat saya nanti. Dan buat Kak Nim yang terlalu eksited sampai dah beli tiket pergi Sabah daaahh!

Kawan2
yang selalu menyapot saya dengan mengatakan Sarawak itu coool tetapi bila saya ajak mereka pergi sama mereka kata "Hihihihiiiii kau pergi sorang lah faadddd". Maka terpaksalah kita berpisah nuun di Sarawak nuun di Terengganu nuunn di Johor nuunn di KL.

Teman gaduh weekly,
Ahmad Fitri Mohamed yang telah mengapprove proposal saya bertajuk "Saya mahu intern 8 bulan di Kepulauan Borneo boleh taaakkk?". Saya naik turun pejabat beliau beratus2 kali dalam masa 2 tahun lebih untuk dapatkan approval. Eleh, kalau suke kite pegi jauh2 cakap je laahhh. Nak berdalih2 pulak khaan. Kata rindu lah apa lah padahal Borneo ke tak, sama sahajaa. Jumpa tetap 4 kali setahuun!

and,
special thanx to Rafi,
member Robocon yang jugak pernah jadi intern kat Miri tu, sebab banyak bagi tips2 berguna. Kihkihkih. Thanx banyak2 okeh! :)

Sesungguhnya saya dapat
PETRONAS Carigali (Sarawak Operation)
untuk internship :)

P/S : Sungguh poyo tak hengat duniya budak neh kan! Tapi nak buat macam maneee ini impian termakbul sayee!

P/SS : Erk. Baru teringat tadi aku lupe nak tanye aku dapat department mane. Kang tak pasal2 aku jadi tukang fotostat je kang. Kang tak pasal2 masuk paper dengan tajuk "Terbang jauh2, pelatih industri bertugas sebagai typewriterrr" kang. Haaaa camne tuu??

Wednesday, May 12, 2010

Internship Placement : Kisah Pencarian

Very the awful things happen for this intern intern thing. Saya tak tahu macam mana nanti bila nak kerja. Sakit kepala dibuatnya. Saya nak bagitahu semua orang, yang petroleum engineering ni sangaaaaatlah menarik. Saya happy belajar PE. Tapi, bila company2 yang sepatutnya mengutamakan kami yang PE ni taknak kami, apa lagi saya boleh buat? Hanya menggelupur atas tanah macam beruk nak mati.



Hari tu saya dapat offer dari Malaysia LNG Sdn. Bhd. Very the coooool, man! LNG Plant terbesar kat Asia kot! Berlokasi di Bintulu, MLNG ni uruskan dari pasal proses sampai ke shipping. Tak ke coool tu? Kalau rasa mahu tengok magic gas bertukar jadi cecair, duduklah dekat plant. Kalau rasa mahu bermesra dengan abang2 kelasi, curi2 lah masuk kargo buatkan teh untuk diorang. Kalau rasa mahu pergi Jepun, seludup lah diri masuk kargo, duduk dekat enjin kargo. Bukak2 mata daannnggg da sampai Jepun! Tataaaapiiii, hajat saya untuk berjumpa abang kelasi tidak kesampaiaaan :( bila dah dinamakan saya ni orang minyak, LNG tu bukan bidang kuasa saya :( Kerja saya upstream, dan tak melibatkan proses :(

Upstream tu camne? Nah tengok wiki

The upstream oil sector is a term commonly used to refer to the searching for and the recovery and production of crude oil and natural gas. The upstream oil sector is also known as the exploration and production (E&P) sector.

The downstream
oil sector is a term commonly used to refer to the refining of crude oil, and the selling and distribution of natural gas and products derived from crude oil. Such products include liquified petroleum gas (LPG), gasoline or petrol, jet fuel, diesel oil, other fuel oils, asphalt and petroleum coke.

diambil dari Wiki


Nampak kan beza upstream dan downstream?

Maka itu, selamat tinggal, abang2 kelasiku :(
Tak dapatlah nampaknya dinda nak buat teh untuk kanda2 kelasi sekalian =|

Dan untuk company PETRONAS, aku apply Sabah Operation and Sarawak Operation. And very the veryyyy, Sabah tak amek orang semenanjung! Ohhhh Sabah yang racist :( Dan sekarang saya perlu usha Sarawak esok. Tskkk

P/S : Sekarang berhati dua, boyfriend nak grad hujung tahun ni. Walaupun ikut perancangan dia akan ada grad kali kedua akan datang, mestila lain perasaan waktu grad untuk kali pertama dan kali2 yang seterusnya kan kan? Kalau aku, macam tu lah yang aku rase. Kalau kau, rase camtu tak? Then, kalau aku dapat Sarawak, takkan nak melupekan je hari bersejarah boyfriend? Tak ke loser gila bila kau takde dalam waktu2 bersejarah orang tu? Ye tak ye tak?

Tuesday, May 11, 2010

It's the Farewell Again



... and I hate it.


This is the third year and now he's leaving us :( Saya sangatlah bersedih mengenangkan hal ini bila memikirkan saya tak pernah rasa stress dalam kelas beliau. Kelas beliau lah yang saya rasa heaven gila sebab jarang sekali dapat esaimen yang berat2. Kalau ada yang berat pun, memang konpem esaimen tu penting untuk masa depan seperti exam. Yang paling berat pernah saya dapat before ni, yaitu projek Haggis Field. Buat simulation. Nice, saya suka.

Semester ini merupakan semester ketiga beliau mengajar kami. Dan semester2 yang sebelumnya;

STATICS
Jan 2008
Kelas ini seronok, dan saya suka. Sebab belajar benda baru. Saya dah muak dengan chemistry dan physics waktu tu. Maka bila dapat belajar benda baru macam Statics ni, saya suka. Dan markah terbanyak yang saya dapat adalah dalam kelas ni (gila kesian sebab boleh ingat markah tertinggi sepanjang tempoh belajar) adalah 97/100. Lepas2 tu, tak pernah dah nak nampak 97 mahupun 9.7/10 lagi. Lepas2 tu dapat half mark je :) Eh saya macam tak cerita benda yang berkaitan dengan beliau. Tapi apa yang penting, beliau ajar saya Statics.


WELL COMPLETION AND PRODUCTION
July 2009
Lepas setahun lebih, kami berjumpa lagi dalam kelas ni walaupun sekejap. Tapi segala ilmu yang diberi amat bermakna.


WELL TEST ANALYSIS
Jan 2010
Dalam bahasa melayu, subjek ini boleh diterjemah menjadi Analisis Ujian Telaga. Belajar cara2 menganalisis segala maklumat dari sebiji telaga. Seronok, sebab tak banyak teori yang perlu dihafal. Hanya perlu faham dan kemudian kita boleh jawab soalan exam sudah. Dalam kelas kami banyak main plot2 graf. Setiap kali kelas perlu bawak mesin kira2 dan pembaris bersama. Kalau tak, nanti kita bosan dalam kelas sebab tak boleh buat latihan yang diberi.

Tetapi, dia akan tinggalkan kami tahun ini. Dia mahu berhijrah. Meningkatkan keupayaan diri dan mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan. Maka hari tu, lepas test Well Test Analysis, kami buat surprise farewell party untuk beliau. Kami sangat suka buat kejutan walaupun dalam hati kami sedang bersedih.

Flow of the plan:

Semua orang jawab test dengan sukses dan kemudian keluar dari Test Room dan terus berkumpul di padang berhampiran, yang paling dekat dengan pintu keluar Test Room tu.
Kami semacam risau bila 1 jam kami dah guna untuk mengira data untuk diisi dalam lebih kurang 100 petak kosong dalam jadual, sedangkan masa yang diperuntukkan untuk test ni adalah 1 jam 30 minit. Lepas isi jadual, kene plot graf pulak. Graf log ok. Bukan graf biasa. Tapi last2 siap aje lah test tu walaupun keluar lambat.


Ini keadaan di luar test room waktu menunggu beliau keluar dari test room tu.


Ni pula keadaan dekat padang bawah Test Room tu. Kertas2 yang mereka pegang adalah lirik lagu Auld Lang Syne.


Inilah pandangan dari atas.


Bila beliau dah kumpul kertas test, dan bersiap untuk balik, kami akan jerit nama beliau dan kemudian terus nyanyi lagu Auld Lang Syne sambil angkat kek dan kad tinggi2.



Mr Saniiiiiifffff!!!!!!!


Dan ini pula beliau yang kelihatan terkejut tapi suka.


Dan kemudian, beliau akan bagi ucapan.



Dan kemudian. berjalan ke Halliburton Training Center dan teruskan kenduri di situ. Tentatif kenduri adalah seperti berikut:


Bagi kad,



Potong kek,



Bagi plak,



Bagi tie,



Amek2 gamba,











Dan kemudian tamat, dan kemudian bersedih seperti ini :(

Baidewei, ini lah yang dimaksudkan dengan subjek Well Test Analysis yang buat test 1 jam 30 minit kami tu jadi 2 jam lebih. Dan soalan yang dijawab hanyalah 1:

144 tempat kosong yang perlu diisi.

Sunday, April 11, 2010

Is my brain designed 'engineering'ly or 100% biologically or neither one?

I don't know why, sometimes when I don't score well (where this always happen) in my tests, I'll tell myself "Maybe engineering is not part of your brain. Or your brain is not designed 'engineering'ly" Hahah. That's not funny errr

Yea I can still remember, the best mark that I scored was during my first test for Statics. I got 97%. It was awesome. And I never had any other awesomeness after that. Good bye to 97%. I sometimes even scored lower than half and that sucks. That was first semester.

Second semester, I met 'petroleum'ly or literally, oily subjects. Oily subject namely Intro to Petroleum Engineering, where my brain was stuck with new and stupid terms. Nipple; monkeyboard, a board where a monkey had never been on; Christmas tree with no baubles, mouse hole, where you can hardly find any mouse in it; roughneck; mudcake which is not baked neither can be eaten etc. Yes, you may click the terms to know what the terms really mean. When we heard the terms for the first time in the class, we just can't hide our grins. The term nipple for instance, would make the boys went 'up to heaven' and the girls would 'aa maluu cikucikuci'. Blah la. Padahal belajar je pun.

Third semester, we met drilling engineering. Being in this class was fun, as the lecturer would show us related videos for the topic. We learned how to drill a well and how to basically avoid the well from collapse. How to run the casing and production strings etc. And of course, we don't have labs for this subject or else you could find 6inches holes anywhere in UTP.

Here are the drilling crews. Wanna do this for the lab project? Hell no.

Fourth semester, we had Well Logging and Formation Evaluation subject. A subject which taught you on how to interpret your raw data obtained from the seismic acquisition. You learned how find the 'oily' and the 'non-oily' interval. You learned how to determine the fluid salinity etc. You use hell lots of graph. Interesting subject, but once you read wrong data, the whole result will turn wrong as well. ie, wrong analysis. ie, 0 mark. Smile smile.

Now, fifth semester. We meet the great Reservoir Modeling & Simulation. Say hello to Mr RaMaS!

Hello Mr RaMaSsss!

There can never be a better person to teach this subject except a real genius. And yes indeed, we do have a genius teaching us this subject. Unfortunately, with bullet-train speed expertise in talking and teaching, we can never optimize our understanding in the class on this subject. This subject requires you to do hell lots of derivation; make a 1-line equation to turn into a 4-lines equation with hell lots of worms in it (yes, the letters are worms)

Aren't the worms cute? (-.-)

the fools who write the textbooks of advanced mathematics are the most clever fools and the fools who write a 406-pages book on reservoir simulation are the most clever among the fools who write the books on advanced mathematics. and i'm in the lowest rank of the fools; not for writing a book. but for not understanding what the other fools tried to say in the book

-Fad-

* Picture and terms meaning taken from here

Wednesday, February 24, 2010

Kenape. Kenape.


Saye tak tau nape.

Saye tak faham.

Subjek Reservoir Modeling & Simulation tu.

Nape susah sangat

Saye tak layak jadi jurutera petroleum ke.

Saye tak layak amek PE ke.

Nape saye rase derivation yang ade dalam buku tu paaaayah sangat.

Saye tertekan.

Saye tak paham.

Nape Prof Noaman boleh cakap sume bende laju je.

Nape sume bende boleh ade dalam otak die dan senang je meluncur keluar dari mulut sedangkan kami dalam kelas tercengang2 mahu tangkap satu demi satu ayat yang diucapkan.

Kenape.

Kenape.

Saye ni bengap sangat ke.

Friday, November 06, 2009

Dulu rase tak best sekarang sayu

Hari ni aku buat 2 entry walaupun esok ade 1 test. Alah, test esok soalan objektif je (tapi menggagau lah jugak kalau tak tahu jawapan mane yang mahu dibolosi kan). Tapi takpe. Mari utamakan mana2 yang lebih penting.





Mestilah entry baru! Muahaha





Alkisah, hari ni diadakan majlis perpisahan untuk 2 lecturer dalam department kami, yaitu Mr Shalaby dan Mrs Putri. Seharian aku berdolak balik dengan soalan : Perlukah aku menghadiri majlis itu? Dan akhirnya, hati aku mengatakan : Ya, pergilah.

Dan tepat pukul 4 petang tadi, aku melangkah ke tempat kejadian bersama kosmet2 ku yang lain. Secara kasarnya, majlis tu takdelah sesedih mane. Tapi, bile part Mr Shalabi n Mrs Putri bagi speech, uhuk. Air mataku bergenang jua.

Untuk pengetahuan kailan (salah taip, tapi macam best je bunyinye. ehe), aku takdelah banyak sangat pengalaman manis dengan kedua2 lecturer tersebut.

Realiti 1 : Mrs Putri mengajar kelas aku hanya untuk satu topik kecil dalam Reservoir Engineering. Tapi dia ajar memang umph la. Dari sebuta2 ilmu jadi secelik2 jadian (bukan pintar, tapi boleh lah takat nak jawab final exam tu). Dan beliau akan meninggalkan UTP ini demi suami nya dan akan ke UK. Uhuk. Dan beliau tadi pun memberi ucapan yang sangat mengharukan tadi. Uhuk.

Realiti 2 : Mr Shalaby ni berasal dari Bumi Anbiya'. Beliau meninggalkan UTP sebab mahu beri tumpuan pada keluarga. Beliau ada anak2 yang perlukan perhatian seorang bapa. Ya, aku paham. Barangkali keluarganya bukan di Malaysia. Tapi Mr Shalaby ni meninggalkan seribu kenangan buat kami. Cara beliau mengajar, fuiyoh! Strict gile! Dan dengan ketegasan itu lah aku dapat 8/20 dalam test beliau hari tu. Sangat takooot.

Mr Shalaby ada trademark beliau tersendiri :

1) Kalau kelas bising, beliau akan diam dan mengetuk meja dengan marker. Kuat, yang mane sume orang benci bunyi tu dan akan terus diam dan fokus dalam kelas.

2) Beliau akan memulakan kelas dengan ucapan : 'Today, Insyaallah bla bla bla' dengan nada tersendiri. Tak pernah miss sekali pun.

3) Beliau aja memang best. Beliau berjaya buat aku takut untuk tertidur dalam kelas. Aku pernah sekali je tertidur dalam kelas beliau. Tudir (salah eja lagi) sebab waktu tu zaman aku terlebih tidur. Maka aku terbiasa tidur, dan aku perlu tidur dalam kelas itu. Takleh tahan!
Mr Shalaby berlatar belakangkan kemahiran utamanye : graf2 cacing bengkok sana sini.


Maka itu, selamatlah ucapku pada kalian. Kalian sangat berjasa. Terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan. Sikit atau banyak, belakang cerita. Setitis ilmu itu sangat berguna hendaknya.


Bagi hadiah kat Mr Shalaby. Simpan elok2 hadiah tu ye. Uhuk2

Maka itu, sekian saja lah persembahan saya kali ini. Entry ini bernada sedih ok. Bolehlah sume budak2 PE bersedih lepas ni. Tapi esok jangan lupa jawab test kaw2 k.


P/S : Saya dan boyfren sekarang guna 'kanda dan dinda'. Kami merasakan kanda dan dinda itu sangat klasik dan ia dapat memartabatkan bahasa melayu bahasa ibunda kita. Dan saya amat bangga.