Pages

Tuesday, September 29, 2009

Ape pasaan anda kalo anda malu dengan lecturer?

Tajuk tu, kisah die kat ujung entri ni.

Sejak balik UTP gile awal Jumaat ritu, tiap hari aku bukak blog, tertengok2 kat tiap sudut blog aku, cari ilham untuk mengisi kelompongan blog ini. Tapi gagal. Aku tengok labels aku. Nak report pasal ape ni?

Robocon? Ah. Dah muak lah. Tiap kali entri pasal Robocon aku kene cakap ayat ni : 'cuti aku pendek kali ni. Kene buat robot.' Dulu2 cakap ayat ni macam best. Sebab bajet komited gile la dengan kelab tu. Tapi lelame naik muak juge. Rase kalo sebut je pekataan R tu, sume isi perut bergoncang sakan, berebut nak keluar, tapi tak terkuar2. Tersekat kat tekak. Ko leh bayangkan tak? Haa tu lah yang aku rase.


Seronok je tengok labu ni muntah. Nak jugak! Da mual sangat dah ni!


Nak cite pasal raya? Haih. Jauh panggang dari punggung. Raya kali ni tak best. Kak Ida balik kampung laki die. Kat Kluang je pun, 2jam dari umah, kot. Tapi tetap terase bile die tak beraya ngan kitorang. Uhuk2. 20 tahun aku beraya dengan die, tak penah miss sekali. Tapi sekali takde, zuuup terase kat jantung. Uhuk2. Kak Na pun balik kampung laki die jugak. Nuuun Kelantan sane. So sunyilah raya kali ni sebab takde kanak2 ribena 3 orang tu. Rindulah kat diorang.. Uhuk2.


Ni Aliff waktu nak dapat duit raya dari Auntie Ida die. Sengih sakan! Comel!

Nak cite pasal ape lagi? Oih, raya aritu dapat jugak beraya rumah Fitri (akak2 sibuk beraya ngan famili laki masing2 aku nak jugakkk. Gatal!) Pastu gi beraya kat BP Mall perabis duit die (perabis la sangat). Heh, die da janji nak blanje kasut raya, so ape lagi! Janji mesti ditunaikan! Tapi tak beli heels pun. Beli kasut tutup comel kale putih je, sebab bagi aku raya da nak abes so tak berbaloi beli heels. Jadi lah tu. Mekaseh sayang. Boleh pakai salu2 =)

Pastu die kepingin nak makan KFC, aku pon blanjelah die makan KFC. Aku suke sangat meggemokkan die kan. Hu. Suke manje2kan die.


Hah ni muke orang yang happy bile dibelanje makanan. Tapi ni baru sikit.. Takleh lawan ade skali tu, tym Ramadhan yang baru lepas. Aku balik KL, n ade sehari bukak pose ngan die ngan akak die. Banyak jugak die makan tym tu. Ngan nasi die, ngan ayam quarter die, ngan air jumbo die, haih. Pastu, balik tu, uma akak aku ade orang datang pulak. Juadah biase dan ekspres kat umah tu, Domino's pizza lah. Nak dijadikan cite, disebabkan salah paham, abang ipa aku terorder 2 large piza, akak aku pun terbeli 2 regular piza. Haa melambak2 lah pule. Make akak aku kate, 1 regular piza bagi Fitri. Oklah, aku pun bagi. Dan keesokan sahurnye, macam bese, aku call Fitri. Nak make sure die bangun.

Aku : Hi syg, da bangun?
Fitri : Da.. (kedengaran bunyi TV berkumandang. Itu bermakne die da lame bangun)
Aku : Da makan piza? Kak Yaya makan sekali tak?
Fitri : Kak Yaya belum balik keje, syg makan sorang piza tu. Senak gile perut.

Gulp! Piza itu die makan sorang! Ya Tuhan! Ampunkan die sebab die da dera perut die! Wuuu. Huh. Tapi tu la Fitri. Kuat makan. Dulu konon frust menonggeng dengan ex, die kuruskan badan. Memang menjadi. Tapi lepas dapat awek baru, camni plak jadinye! Memang nak patut!

Ni awal tahun 2006. Rangka badan tu lebih kurang je ngan aku ha. Tapi sekarang, double twister! Tapi takpela. Saye sayang die lagi banyak dari saiz perut die. So, makin besar perut die, makin banyak saye sayang die! Dan, makin banyak saye sayang die, betambah2 besar perut die! Kan kan?

Ok tutop cite gemuk2!

Ade cite panas! Panass!

Aku cuakk! Cuak! Meremang bulu sana sini!

Tadi aku sekali lagi, bukak blog yang tak diupdate tu. Dari 1 komen je, komen untuk entri Lecturerku Menambah Kegirangan Hari Rayaku bertambah kepada 2! Siapakah gerangan yang bagi komen itu?



DRV! Beliau kah kah kah? Seram sejuk dibuatnya. Aku pun tengok feedjit stat aku.


Waaa! Betoool ade orang jumpe blog aku dari google search dengan keyword NAMA ITU! Ya Tuhan! Berilah aku kekuatan! Aku tahu aku tak bersalah! Tapi malulah jugak kantoi dengan lecturer! Korang bacela entri tu baru korang tau camne pasaan aku waaaaa. Camne nak masuk kelas beliao pasni :(

Wednesday, September 16, 2009

Lecturerku Menambah Kegirangan Hari Rayaku

Hari : Seperti yang terteratera di atas.

Waktu : Lebih kurang pukul 3 petang datuk harimau.

Situasi : Baru selesai kelas ganti Computational Methods (subjek yang sebenarnya mudah tapi kamu kamu akan benci jalan kiranya). Rakan-rakan berarak keluar meninggalkan kelas. Aku terkulat-kulat melepaskan diri melalui celahan kerusi menuju Dr Vijanth di hadapan kelas.

Alasan berjumpa : Aku mahu minta beliau untuk membenarkan aku jawab kuiz awal sikit. Esok kuiz 5.15 petang smpi 6.00 petang. Tapi tiket tren aku pukul 6.15. Mana sempat!

Aku : Sir, can I do my quiz earlier tomorrow? I..

(Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, dia menjawab dengan laju)

Dr Vijanth : Oh, you can do it after raya. Coz there's someone else from this class couldn't make it tomorrow. Ada orang yang nak jumpa MB lah, itu lah, ini lah, so, susah2, kita buat lepas raya lah.

*Aku mencebik muka untuk mencukupi syarat2 dan kriteria2 seorang pelajar yang cemerlang yang keciwa kuiznya dilambatkan*

Aku : Oh, really? Ini bermakna saya boleh marathon prison break 3rd season malam ini kah? Atau saya boleh tidur awal untuk mendapatkan momentum kuat sempena kepulangan cuti raya esok? Atau saya boleh packing barang sebanyak yang boleh? Mana satu Dr Vijanthhhhh? Mana satu????

Dr Vijanth : Ya lah, kite buat da nak dekat test 2 nanti. So, advantage lah untuk u all yang buat lambat ni nanti.

Aku : Hehehehehehehehehe dalam hati gelak dajal. O eh. Ok la then. Tenkiuk sir.


Dan aku pulang tersengih2 keseorangan sebab bebanan besar sudah lupus! Harharharhar!

Saturday, September 12, 2009

Ini Post Yang Mengaibkan Saya

Tapi, lantaklah. Saya mahu bercerita.

Hari ini saya dan rakan-rakan seperjuangan meraikan Ramadhan ke-21 di Hotel Syuen, Ipoh. Semua berpakat memakai baju raya dan saya tidak berkecuali. Majlis Raja-raja Melayu sahaja yang berkecuali. Kami suka bermakan-makan buffet di Ipoh kerana kadarnya yang murah. Kat mana lagi anda nak dapat makan buffet Ramadhan RM20? Ya atau tidak?

Kami yang beraya 10 hari awal. Memang saiton.

Saya bawak kamera. Saya mengambil gambar dan gambar saya turut diambil. Tapi saya malu. Gambar saya waktu makan, nauzubillah. Macam kera dapat bunga.

Waktu ni saya memang sedang mengunyah kek besar dan sengaja nak buat muka mcm ni. Konon nak rosakkan gamba orang lain yg berposing sakan. Nah amek kau. Memang buruk.

Kemudian saya malu. Cuba untuk kunyah cepat2. Boleh amek gamba lawa2. Tapi, belum sempat habis kunyah, kawan saya snap lagi.

Nasib baik sempat tutup mulut.

Kemuadian saya kata. "Ok, aku control sikit". Lalu saya bahagikan kek hancur dalam mulut tu kepada dua. Separuh saya simpan di pipi kiri, lagi separuh saya simpan di pipi kanan.

Ini pula jadinya.

-------------------------------------


Letak gamba fevret tym makan je lah.




Perihal gamba :

Tempat : D'aman Ria, Ara Damansara.
Masa : 2009
Alasan gamba buruk : Mahu berbuat dajal pada sorang membe yang tak balik sempena ujung minggu. Lepas amek gamba ni, aku MMS kan pada si kawan itu. Kawan itu suka makan piza. Kawan yang jeles itu reply : kua ja sey! (bermakna kurang ajar shit!)







Perihal gamba :

Tempat : Old Town Cafe, Jalan Yap Kwan Seng.
Masa : 29 November 2008. Masih segar di ingatan.
Alasan gamba cacat : Tak pernah disuap orang dengan kek birthday. So tak tahu angle mana yang patut aku pusingkan muka. Tapi aku rasa ok lah. Natural beauty.



---------------------------------------


Salam sayang dari kami yang terkinja ninja mahu beraya.

Saturday, September 05, 2009

She's healing

Semenjak dua menjak ni, dia happy.

Tak macam dulu, dia salu berduka lara.

Kalau tengok blog dia dulu, sume entry merisaukan.

Tiap antry ada air mata.

Dia lemah sangat dulu.

Tapi aku happy, sekarang dia da sembuh.

Aku yakin.

Dia da semakin sembuh.

Tak perlu lagi dia sasau mencari orang untuk memujuknya.

Kami jauh, aku pernah rasa gagal memujuknya dulu.


Sesungguhnya, aku benci durjana itu.

Dia buat aku menangis juga.

Engkau bahagia sekarang wahai durjana?

Lumutku sedang berbahagia sekarang, nyah engkau dari hidupnya.

Jangan berani kau melangkah masuk dalam hidupnya!

P/S : Entry ni berlagu happy tapi disulami perasaan benci menggunung. Lumut, aku sayang kau. Jagalah diri di sana. Kau pulang, aku bawa kau jalan2 sebab esok aku stat amek lesennnnnn!!!!! Yeeehhaaaaa!

Wednesday, September 02, 2009

Hati meronta2 bagai nak rak tolong selamatkan aku seret aku jauh jauh dari sini

Dah lame aku nak menulis tapi tak tertulis2 sebab bende2 yang menekan jiwa raga dan perasaan aku cepat ilang. Contohnye, aku sangat geram dengan Insiden A lalu berniat nak mengadu dalam blog. Tapi disebabkan takde laptop depan mate, tak dapatlah aku menulis. Bile tak dapat menulis, perasaan itu pun hanyut dibuai angin petang pergi Afrika.

Dah alang2 dapat menulis ni, bia aku cite. Hari tu geram sebab robolab selerak gaban kalau kau tengok rase nak kirai2kan lagi barang2 yang bersepah tu. Aku rase sejak habis Robocon 2009 bulan 5 hari tu, lab tu tak pernah dibersihkan. Dengah habuk merata, penukul atas meje, gergaji bawah meje, apit G belakang meje, pengikir celah meje, skru merata, bolt celah kangkang, camne nak wat kiej dengan tenang? Haiyo. So aku sangatlah merindui saat2 mengemas lab tu bersame kawan2 sejantina yang lain, Tapi dulu, kawan2 lain jantina pun tolong kemas lab jugak. Sekarang, haiyaa. Nak menangis lah tengok lab tu. So sekarang kalau aku masuk lab, aku totop mate tak mahu jadi saksi lab yang bersarang itu.

Kemudian, aku sekarang amatlah bizi gaban. Macam2 bende datang tayang muka dalam idup aku sekarang. Tolonglah, bukan kegemaran aku pun menyibukkan diri dengan bende lain selain studies. Hampir 2 tahun berhimpit dengan V5SR (aku ahli komiti dekat kolej kediaman di sini) dan setahun lebih berkepit dengan robot2, aku rase rindu gaban nak ade waktu terluang yang mane aku boleh plan macam2 untuk diri aku. Aku rindu nak membazir masa. Haa sungguh! Tu yang aku rasa sekarang. Kau tanyalah aku muvi ape yang best, sumpah aku tak tau.

Sekarang aku kene handle majlis Iftar dekat kolej aku ni. Disebabkan kerje berseorangan, aku takde semangat dan tak dapat segerakan sume keje yang berkaitan dengan event tu. Dan akibatnya, event tu kene tangguh seminggu. Oh, aku sangat takde semangat untuk sume bende sem ni. Ape yang aku nak hanyalah mengejar CGPA aku yang merisaukan sekarang. Dah nak intern, tapi sumenye masih kabur. Oh Faddd! Bangun! Tapi aku mahu duduk di meja stadi aku ni tanpa memikirkan hal lain! ADAKAH ITU BOLEH DICAPAI SEKARANG?

Dan bile aku mengadu dekat boyfren yang aku letih, penat, lelah, lebah, dan terkangkang2 mengerjakan sume ni, kadang2 die sapotif. Tapi ni tadi die tepon, tanye aku buat ape, aku cakap aku sedang meluahkan pasaan dekat blog, aku pulak yang dimarahnye.

"Dah tau sibuk, boleh pulak menulis blog. Pergilah buat keje lain yang lagi penting"


Oh boyfren, tahukah kau bahwa menulis kat blog tu boleh bagi satu perasaan yang kau sendiri tak boleh bagi? Ya aku tahu aku ada tugasan lain tapi aku mahu masa ini aku spend untuk diri aku, buat benda2 yang orang normal buat di petang2 gini setelah habis kelas. Suka hati kau lah boyfren, panggillah aku keras kepala. Tapi nanti2 kau juga yg kata kau sayang aku. Aku pun camtu. Tapi sekarang sedang sangat panas panas panas dan panas takde mase nak mengapi2kan keadaan.

Telah kuaturkan agendaku malam ni. Ni hasilnye:

10.00pm : Miting Program Amal Kasih Ramadhan dekat V2
11.00pm : Miting V5SR dekat miting room V5. Mahu jumpa budak2 yang kami baru recruit.
Selepas itu : pergi robolab buat robot. Mungkin sampai 3pagi? Oh perempuan..


(jadual ini diatur dengan mengabaikan miting sambutan Deepavali itu. Pehal? AKU multiracial ok)

Korang boleh panggil aku penggagal tegar tapi aku tak mahu gagal! Aku kuat dan aku mampu! Biarlah boyfren tak faham camne pasaan menulis blog time2 camni tapi ape yang penting, aku takkan gugur di medan perjuangan ni! Malam ni aku nak pergi terawih setelah berkurun lama aku tinggalkannya biar jadi petanda aku bukan seorang penggagal! Mesti!

Mulakan kerja dari sekarang Fadooo! Maju setapak untuk negara!

Thursday, August 27, 2009

Maafkan aku, Kucing yang Comel..

Aku ade bad history dan jugak bad chemistry dengan kucing. Mungkin mak aku pernah terbenci kucing waktu die ngandungkan aku dulu. So, aku terkenan penyakit tu. Selame aku hidup ni, ade satu kisah yang tak pernah aku dapat lupe. Aku rase bersalah, rase kejam, rase zalim, sume perasaan bercampur-campur jadi sotong kering. Busuk.

Waktu tu umur aku baru 5 tahun. Kat sebelah rumah aku ade kebun waktu tu. Then pade suatu hari, aku main-main dalam kebun tu. Main sorang-sorang je. Entah ape yang aku buat dalam kebun tu, aku tak ingat. Dan kemudian aku jumpe seekor anak kucing yang comellll sangat. Comel gile. Comel yang buat aku rase nak picit-picit muke die. Then disebabkan geram sangat tengok kecomelan kucing tu, aku angkat kucing tu gune both tangan tinggi-tinggi, then aku hempas kucing tu kat tanah dengan sepenuh hati.


Seluruh jiwa raga dan tenaga kuserahkan untuk menghempas anak kucing tu. Make.. kelepapp! Terhempaslah kucing tu kat atas tanah. Terkulat2 anak kucing tu nak bangun. Tak cukup sekali, aku angkat lagi sekali, aku hempas die lagi.! Kelepappp! Astaghfirullah. Ya Allah, ampunkanlah aku :'( :'( Aku tak ingat bape kali aku wat camtu kat anak kucing tu. Ape yang pasti, bile sampai satu tahap yang mane anak kucing tu da tak larat nak bangun, tulang patah riuk, dah nazak agaknye, baru aku stop hempas die :'(

Keesokan harinye, aku pergi balik tempat tu, tengok kucing tu da bersemut :'( :'( Menandekan die da mati :'( :'( Aku tak rase pape pun waktu tu. Tapi sampai sekarang aku tak pernah lupe bende tu :'( :'( Entah nanti sebab bende yang aku buat tu la wat aku tak cium bau syurga. Menzalimi makhluk tuhan :'( :'(

Buat anak kucing tu, aku nak ko tau something :'(

Ko makhluk tuhan yang teramat comel. Ko buat aku geram dengan ko. Tapi entah ape masalah aku, aku bunuh ko. Tak puas ko hidup di bumi tuhan ni, aku dah bunuh ko. Kalo aku tak bunuh ko, barangkali ko sedang berbahagia dengan jodoh ko. Menanti kelahiran cicit ke sepuluh barangkali.

Maafkan aku, Kucing..
Hidup aku tak pernah tenang bile mengenangkan perbuatan aku tu. Waktu tu aku hanyalah insan biase yang belum matang, tidak faham ko juga makhluk tuhan yang mahu menyaksikan kebesaran tuhan di bumi ni. Kalo aku diberikan mesin putar mase, aku nak belai2 ko waktu aku jumpe ko tu. Aku nak cakap kat mak, aku nak bela ko. Biar macam mane pun mak aku tentang hasrat aku tu, aku nak jugak. Aku tak boleh buang memori yang satu ni. Sakit sebenarnye. Sakit sangat.

Maafkan aku Kucing..

Maafkan aku..

Ko comel, ko tak layak diperlakukan camtu..

Akan tetapi..............
Air mate dah bergenang teruk. Takleh sambung.

Monday, August 24, 2009

Tetap dan Walaupun

Tetap 1
Life's hectic sekarang. Assignments, presentation, test, kuiz, V5SR, robocon. Tapi alhamdulillah, aku tetap buat assignment walaupun malas. Tetap stadi untuk kuiz walaupun malas. Tetap stadi untuk test INTRO TO OIL & GAS INDUSTRY yang senang gile babi walaupun aku tau aku terer gile gaban untuk subjek tu. Petik jari, jawapan dah tertulis kat kertas. Haa.. power tak power aku, korang tentukan.

Astaghfirullah..


Tetap 2
Tetap terlibat dengan kelab robotik di UTP ini walaupun aku sorang je pempuan yang tinggal di dalamnye setelah ramai yang pergi intern dan sibuk dengan projek. Malah, tetap cool designkan robot untuk group aku walaupun tak pernah seumur hidup aku dalam robocon ni aku berjaya design robot dengan gemilang (when I say design, I mean drawing). Terer tak terer aku, korang tentukan.


Ni la design robot yang aku wat untuk group aku tu.



Keistimewaan : mengepit mengikut sistem gunting dan 4 lengan boleh digerakkan dalam satu masa.

Sumpah hepi gile bile dapat design robot ni.


Tetap 3
Tetap meraikan kejayaan mereka2 yang berjaya dan mereka2 itu tahun ini merujuk kepada seorang insan sahaje.




Ops. Salah letak gamba.




Ha. Yang ni. Inilah beliau yang berjaya itu. Tahniah, Kak Nad. Kawin nanti jangan lupa hidang buah naga untuk saya dan Mad. Kami tak mahu berebut dan bermasam muka dan berhasad dengki bom mengebom sesama sendiri dek sebiji buah naga.


Tetap 4
Tetap gagah melangkah ke kelas walaupun aku rasa aku perlukan sebuah kerusi roda otomatik untuk pandu aku ke kelas. Kereta? Tak nak. Aku tak mahu memandu. Dan aku tak reti memandu. Ha. Gelakla. Esok2lah aku register untuk lesen.

P/S : By the time aku tulis ni, Zai da tepon Pakcik Lesen untuk daftarkan aku dan Mad. Time kasih Zai. So korang leh stop gelak dah. Aku nak amek lesen tak lame lagi!


Saturday, August 08, 2009

Permasalahan Hadiah Kahwin

Deskmate waktu sekolah nak kahwin, so aku n Zai dok fikir apa hadiah yang nak dibagi kat pengantin. Trang tang tang jumpa katalog Tupperware kat umah Kak Nim so we browsed it to find a perfect gift untuk Meedi n Dolah. Agak peninglah kami nak memilih hadiah tersebut. Yolah, ni first time cari hadiah kahwin untuk member. Tak reti lagi. Pastu kitorang macam minat ngan satu set container (kalo melayu kite cakap kontena ye tak? Hehe. Bekas lah). Kiut je, Meedi boleh letak rempahs ratuss die (does Meedi cook? Ekeke) n siap ade gift box lagi. Haa memang sesuai sangatlah dibuat hadiah camtu! Tapi bila difikir balik, senonet sangat container tu. Hadiah tu nak letak 4 name, kang terserlah sangat kelokekan aku, Zai, Ayat n Najat kang! So finally we decided to buy a water dispenser. Ni lah rupanya

Kiut kan? Sesuailah ni, nak wat hidup berdua :)



Then aku SMS Fitri :

Nga cari hadiah kahwin untuk meedi, ok x kalo bagi water dispenser?


Dan beliao menjawab :

Carila hadiah yang dua2 boleh guna.


(SMS ni da diolah sikit2 la. Gilos skema kalo menaip msg camni)

Aku pun terpikir, haih, water dispenser ni sebelah pihak je ke yang boleh gune? Ayoyo, terlalu seksiskah hadiahku ini? Beberapa saat kemudian aku mendapat persoalan beserta jawapan untuk persoalan2 aku tadi :

Benda apa yang kite leh nampak tak bersifat seksis?

Calon jawapan : Car polish?
Jawapan : Sah2 Meedi tak membasuh kereta.

Calon jawapan : TV?
Jawapan : Hoii, banyak sangat ke duet ko Fad?

Calon jawapan : Coffee maker?
Jawapan : Ahh, akak aku kawin ritu dapat 2 coffee maker sekaligus. Bosan2.

Calon jawapan : Frame gambar?
Jawapan : Masyaallah, macam hadiah yang aku bagi kat Cikgu Latifah waktu Hari Guru dulu! Tak best2!


So aku rasa, water dispenser tu memang pilihan bijak. So, semalam dah pegi amek water dispenser tu dari kawan Kak Nim yang merupakan dealer Tupperware.. Hehe. Hepi sangat2 bile da dapat hadiah untuk Meedi :) By the time aku taip entri ni, petang ni langsunglah majlis kahwin Meedi & Dolah so aku tak risaulah taip entri ni before majlis diorang. Sebab konfem diorang tak sempat nak online punye! HOorey!

Pesanan untuk Meedi, kalau Dolah langsung tak sentuh water dispenser tu, ko leh bagi omlen bende tu. Sebab niat aku cume nak cari hadiah yang tak seksis je. Wuu

Pesanan untuk Dolah, ko tolong2lah Meedi isi water dispenser tu ngan air masak salu2. Benda alah ni boleh isi 8.7 liter air tak silap aku. So suka hati koranglah nak wat jadual top up air macam mana. Sorang leh isi 4.35 liter air sehari.

Pesanan untuk Meedi & Dolah : Jagalah water dispenser tu elok2. Kalau mak2 kite leh simpan tupperware bertaon2 lamanya n siap boleh cakap : Da doploh taon mak simpan tupperware ni.. Camtu jugaklah yang aku harap jadi kat hadiah korang ni. Tapi olah2 la sikit ayat korang tu.. Cakapla camni.. Da tigeploh taon nenek simpan tupperware ni.. hadiah kahwin dari Nek Fad, Nek Zai, Nek Jat n Tok Yat kamu.. Uhuk2. (Simptom tua) Diorang bagi nenek tupperware je, diorang kahwin nenek n Tok Dolah kamu bagi Ferrari sorang sebijik. Haa, sampai sekarang gagah lagi kereta kuda merah tu.. Uhuk2. Bangga nenek..

OK Meedi? OK Dolah?

Monday, August 03, 2009

Fattening Agent

The FreeDictionary defines the word fever secondarily as 'a contagious, usually short-lived enthusiasm or craze' and I agree with the definition when it comes to 'craze'. My craze immunity system had been attacked by several types of secondary fever this year and I tell you what, these types of fever come without you noticing it. You'll only notice that you'd had the fevers months after you first infected.

I have a really bad EatEat Fever this year and I only realize it in last June. I've gained weight; 6kg, and that's a lot. My cheeks seem like two pingpong balls attached to my face when I smile. Tu tak termasuk bola pingpong yang da memang sedia ada kat dahi. If you have 6 pax, I have 6 layers but I don't know whether they're thin or thick type. Let's just assume they're thin type la, saje nak senangkan hati.

My room is only 30 steps away from the cafe and that makes changing baju for food's sake and going out at 1am wasn't a big deal to me. Dan hasilnya, naiklah berat 6kg. And worse, I ate a lot during holiday. I'd make sure that I had my meals completely from breakfast to supper though sometimes I had my day started at 12pm or 1pm. By the way, the same thing happened to Fitri. These are what my family commented on him last June (after not seeing him for more than 2 years) :

Mak : Besar kan Fit sekarang..
Kakak II : Sihat Fit tu sekarang eh..
Abg Ipar I : Nor's friend has put on weight..
Adik : Abg Fit da gemuk.. die kene pakai bengkung.

Aku konfem yang lain simpan komen dalam hati je (thanx to Dibah yang gila berterus terang). But that's what makes us both bestfriends. And a couple. Hohe. Kalau keluar same pun mata melilau tengok kedai makan. And we aim for cheap stalls, as we aim to eat everything. Bile story kat Kak Ida yang kitorang makan seharian, die cakap : 'Haa, memang sesuai benar lah tu. Nanti sama2 gemuk.'

But Fitri has obviously gained his weight. Tengoklah ni


This was in 2005.


And this was in 2008. He has that large-sized ball in his tummy. He says it's cute to have that ball inside. Grr

-------------------------------

Don't know lah, I eat to much now.

I had 1pin of basking robing last 4 days; shared with 2 others. But I ate most of it.



I had 2 mini magnum last 3 days.



And a minimum of 2 bijik durian kelmarin. Makan buffet dowh

Hmmm. Too much calory and that's not good for your hati and badan and darah and sume bende Fado..

...when Love Story strikes Viva...

NOTE : Please bear in mind that I do not own a car nor a Viva and do leave a comment by ending your comment with the above title. Thank Youu :)

---------------------------------------------------------------

A friend of mine shared a video clip in Facebook and as I saw the words PIANO and CELLO in the song description, I made a guess that the song would be really COOL. And yes it is, the song made me hypnotized. John Schmidt (of Coldplay) played the song with the most passionate energy that it holds my eyes wide open. He plays Love Story meets Viva la Vida in this song and assisted by a cellist, as passionate as him; this makes the song really holiao!! lah.

I used to watch The Corrs Unplugged video everyday but now I think I no longer need to spend so much time on the video as I have a new and max-satisfying vid by John Schmidt. You guys should take a try and I bet you won't regret it lah! (Dah macam promot ape je aku nih)


Dengar jangan tak dengar ok!





And my comment goes like this :

I get HYPNOTIZED when Love Story strikes my viva that I found myself hard blink; not even once.


How bout yours?