Pages

Friday, June 20, 2008

Along Kawen

JUMAAT

Along adela kakak kepada Syafiqah. Aku tau Chapeq sangat mengharap aku datang. Sebagai bestbuddy beliau, aku tak nak la wat beliau nangis di hari indah KAKAKnya itu. So, aku pun datang la memandangkan da lame aku tak bersemuka dengan bestbuddy aku tu. Hari Jumaat 30Mei, aku bertolak ke Seremban dengan Travelmate. Macam-macam benda jadi aritu tapi tak perlulah kamu kamu dan kamu tahu. Cukupla bestbuddieS aku je tau. Aku sampai di stesen komuter Tiroi dalam pukul 8 malam camtu, mintak tolong Pak Cik amek. Hehe. Dari jauh aku nampak kelibat kereta Pak Cik, hati aku da melompat-lompat da. Tup-tup kereta Pak Cik mendekati aku, aku da nampak Chapeq macam excited smecam nak bukak pintu. Eh eh Chapeq, sabar. Kang jatuh, calar muka kau tu.

Sampai je rumah, MERIAH. Aku peluk cium Mak Cik, borak dengan Chapeq jap, then terus gi mandi. Da wangi, aku bersiap-siap nak tengok pengantin naik perahu. Aku pakai jeans je. Baju kurung tak cukup. Aku bawak 2 pasang je. Mehla tengok gamba-gamba pengantin naik perahu.

Jaga-jaga long, kang tegolek, tak dopek den nak nolong.

Nape elak-elak? Kalo langgar, macho sket what?

Bestbuddy seronok menggayakan baju baru walaupun tak raya. Tak malu!

Bestbuddy spoil la. Ade ke patut pakai baju ijau?

Kepingin benar agaknya dak 2 orang ni nak kawen. Isk3

Then, da abes majlis tu sume, aku tolong Mak Cik wat bunga manggar. Mak Cik kate, tangan aku berseni. Pesanan untuk Mak Cik, tangan saye ni, kalo bab cucuk-cucuk, kacau-kacau, memang pro! Tak lame pastu, aku masuk tido. Bab ni aku nak highlight sket. Aku tido ngan pengantin taw! Kejadian ini adela disebabkan pengantin laki yang telah pulang ke rumah. Ape kes Bang Pian? So, aku ngan Chapeq ngan membe Along curi Along untuk malam terakhir. Sob3.


SABTU

Ya, hari ni hari Sabtu. Majlis kat rumah pengantin perempuan. Bangun-bangun je, orang kendarat da bersiap nak siapkan hidangan.




Then Along stat bersalin baju. Lihat gambar-gambar ini :



Eh. Sori. Ni bukan pengantin. Ni pengantin yang Perasan Pengantin. Agaga

Yeah. Fado pun pakai baju baru lah! Maseh untuk Mak yang siapkan baju ni =)

Then, bermulalah saat-saat sibuk ahli keluarga pengantin. Pak Cik & Mak Cik, ofkosla sibuk sambut tetamu. Chapeq sibuk jadi co-penyambut tamu. Aku sibuk jadi co-co-penyambut tamu. Heh. Ade ke jawatan tu? Pape pon, aku suke tengok sume orang sibuk. Ke sana ke mari. Aku sibuk topup kotak yang berisi berkat. Kalau kotak tu kosong, aku kene isi. Then kat majlis tu jumpe Ustazah Siti Esah, ustazah syariah aku waktu skola dulu. (Takde gambar dengan beliau. Terlalu sibuk. Fado poyo)

Then, pertemuan kedua-dua mempelai untuk bersanding. Kronologinya (kronologi ini mungkin penting untuk bakal-bakal pengantin yang nak kawen for the first time. Kalo da kawen 4 kali, jangan baca kronologi ni) :

Rentas jambatan (kalo umah ko ade jambatan la).



Teruskan berjalan..




Stop. Control ayu. Maintain jelita.


Amek gamba dengan adik kesayangan.


Sambung jalan..


Lupekan adik kesayangan..


Tinggalkan adik kesayangan kat belakang..


Salam suami anda. Yeah

Bersedia untuk jalan same-same. Oh ya. Pimpin tangan pasangan kamu =)

Masuk rumah, teruskan persandingan kamu =)

-------

Kembali ke acara luar rumah. Pak Usu handle bab-bab jadi DJ ni. Memang tu kerja pun Pak Usu. Let's check out what he had for his beloved niece ;)


PART 1

Perasan suara sedap = menyanyi.

Mengharapkan dapat bunga. Nasib baik dapat~



PART 2

Cari pasangan sporting. Tutup mata si isteri. Ikat kedua-dua tangan si suami. Tuang bedak kat tangan si isteri. Suruh si isteri tu solekkan si suami.



Dan . . . .


Pap pap pap!




Hasilnya..







PART 3

Panggil pengantin.


Kerah diorang lipat napkin untuk anak! Oh no!



Apa yang pasti, mereka fail. Maklumlah, zaman mama moden papa berjaya.. Kan? (^_^)


------


Aku dan Chapeq ke dapur. Penat. Kami menemui..








Paus Lemon hasil tangan Pak Uda.














Malam tu..












Ape?






Sesi bukak hadiah la... (Along rakus. Ngeh3)




AHAD

Nak gi uma pengantin laki lak. Uma pengantin laki kat Melaka. Rombongan dari pihak perempuan terdiri daripada sebuah bas (beserta penumpang) dan kira-kira 7 buah kereta (beserta penumpang). Ini bermakna bukan bas dan kereta je yang datang. Kronologi (lagi) :


Ambil gambar bersama keluarga kat luar rumah (takut rindu rumah. Agaga)


Adik-adik pengantin pun ley amek gamba same-same jugee.


Paparazi Fado mengintai kereta pengantin waktu berkumpul ngan ahli konvoi kat tol Ayer Keroh.

Berarak gi uma pengantin laki.

Bersanding.

Makan.

Mak, ayah dan adik pengantin. Bestbuddy Fado kantoi kebulur.

Abang Pian dipaksa kami tok peluk along. Agaga.

Oh no! Both pengantin kepanasan! Mane pegi pengapit ni?!

"Along, ko da kawen. Jangan jadi macam dak kecik lagi. Ko jagan lupe aku taw long" pesan Chapeq.

"You, mak I nak balik da. I sedih la. I nak ikot boleh tak. Uhuk?" ujar Along dalam tangisan manja campur ngada-ngada.

Bubbye along. Uhuk. Bang Pian, jage along elok-elok ye. Huu. We're leaving. Gudbye to both of you. Uhuk.

Saturday, May 17, 2008

Kekaguman 1

Khamis. 15 Mei. Kekaguman hari ni dilemparkan kepada seorang pelajar final MMU bernama Syed Huzaifah Syed Omar. Muka terpapar dalam segmen INFINITI dalam KOSMO! dengan tajuk Navigasi Umrah Maya. Sangat kagum dengan beliau sebab berjaya mencipta sebuah aplikasi yang dapat membantu bakal jemaah untuk menunaikan umrah. Dulu waktu zaman sekolah aku ade je praktikal untuk tunaikan haji, buat dekat dewan sekolah. Ade replika Kaabah sekali. Pastu kami sume kenela berlatih macam betul-betul buat haji. Melontar batu pon ade jugak. Agak seronok la, tapi aku agak main-main waktu tu. Main baling batu kat budak-budak lain (agaknye Syaiton sangatkah budak tu sampai aku lontar batu kat die?) Isk3.

Gambar dari KOSMO! Khamis 15 Mei, ruang INFINITI m/s 27.

Kembali pada tajuk asal. Aplikasi ini merupakan projek tahun akhir beliau. Idea untuk mencipta aplikasi tersebut tercetus apabila beliau mengalami kekeliruan sewaktu menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lepas. Sangatlah bagus die ni, sendiri merasa susah, bantu orang lain pulak kan? Aplikasi ni macam ko main game la, cume misi nye of course la lain. Ko kene habiskan umrah ko ngan sempurna. Lokasi Hajar Aswad, garis permulaan tawaf, garis permulaan saie, 56 pintu masjidil haram serta pelbagai informasi lain turut dimuatkan dalam aplikasi ni. So, sambil ko berlatih wat umrah, boleh la ko tau informasi lain. Seronok kan?

Agak-agaknye kan, boleh tak muke aku masuk KOSMO! 3 tahun akan datang, dalam ruang INFINITI, cite pasal final year project aku? Kalau tak pun, masuk dalam jurnal SPE pun jadilah. Tajuk?

MUNGKIN Virtual Drilling
Teknologi ni MUNGKIN membolehkan bakal-bakal jurutera petroleum untuk belajar drilling module dengan lebih berkesan, walaupun mereka sedang baring atas katil ataupun minum-minum di warung kopi.

MUNGKIN Enhanced Oil Recovery : Agro Wastes
Teknologi ni MUNGKIN membolehkan gas karbon oksida yang digunakan untuk oil recovery diganti dengan kentut binatang-binatang ternakan. Dan manalah tau kan, kot-kot kentut babi lagi berkesan kalo nak dibandingkan dengan kentut binatang lain.

Pape pon, tajuk-tajuk di atas hanyalah angan-angan semata-mata. Masih di peringkat penyelidikan aku. Apa yang diperkata, belum ada rasional.

Thursday, May 08, 2008

Gadis Pantai


Ini gambar pengenalan untuk entry kali ini. What's on your mind? Aku dan Zai ke Phuket atau Had Yai? Atau mereka yang katak tempurung ingin meneka Australia? Bagi mereka yang pernah ke Teluk Chempedak, semestinya yakin ini BUKAN TC. Tempat ini adalah TB. Ya, Teluk Batik. 1 jam je dari UTP.

1 Mei sampai 3 Mei aku berada di KL. Masa untuk keluarga. Tiba di UTP, kira-kira pukul 10 malam. PUkul 12 malam, aku tido. Sangat asyik tido, aku bangun pagi tu dikejutkan oleh Zai pukul 10. Ayat pertama yang aku dengar dari Zai pagi tu : Fad Fad, kite pegi Teluk Batik jom?

Amboi2, aku da la lame tak bukak buku, ko lagi nak ajak aku pegi pantai ye Zai?

Tetapi disebabkan aku masih berada dalam mood cuti, aku pun layan je lah. Naik kereta sewa yang kokak, RM45 untuk setengah hari. Bersamaan 12 jam. Sangat tak berbaloi. Baik aku naik bas henti-henti Perak ni yang aku da sedia tahu memang kokak. Maksud aku, aku tak sangka kami bayar RM45 untuk sebuah kereta yang kokak. Ah. Abaikan kisah Kancil kokak itu.

Kami ke sana bersama 3 lagi rakan : Mad, Zati dan Aliya. Tiba di TB kira-kira 12 tengahari. Orang sangatlah ramai. Maklumlah, hari cuti. Turun je dari kereta, aku beli aiskrim. Share dengan Zai yang tak sedar diri baru keluar hospital tu. Kemudian mencari port yang sesuai untuk kami berlima. Saat ni muncul perasaan geram dan tensen yang amat kat Zai. Begini kisahnya :

Tersebutlah kisah, sebaik tiba di port itu, Zati menanyakan kami :
Ade bawak tikar ke?

Tiba-tiba satu suara yang bajet girang, bajet problem solver (atau ZZZ) menjawab :
Ade ade! Ade dalam beg!

Make insan yang bajet problem solver bajet girang (atau ZZZ) tu menyelongkar beg untuk mengeluarkan tikar yang dimaksudkan. Dengan muka yang sebijik ngan Doraemon waktu keluarkan perkakas daro Poket Ajaibnya, saudari ZZZ mengeluarkan tikar itu, sambil membuka lipatan tikar itu. Melihatkan saiznya yang SANGAT besar, kami serentak berkata :
Alahai ZZZ, BESARnye tikar!! Alalala, comelnye tikaaar!
(Tym ni rase nak smack down ZZZ je)

Pembaca sekalian, tengoklah saiz tikar ni. Mana muat untuk 5 orang? Huhu


Lepas tragedi tikar, kami pergi makan. Perut kami sangatlah lapar. Aku makan mi bandung. Tak sedap sangat, manis je lebih. Rindu masakan emak. Kami berlima share 3 air kelapa. Tak sedap sangat, ais je lebih. Rindu air buatan sendiri.

Lepas makan, kami pergi melawat gerai pulak. Tengok itu tengok ini. Aku, Zati ngan Zai (ZZZ) tertarik dengan pario yang dijual di situ, maka kami pun borong lah! Hehe. Terus pakai beb! Menyorok di tempat tersorok, terus pakai! Heheh. Sangatlah seronok menggayakan pario tersebut. Kemudian, beli topi pulak. Kami semua beli. Topi tu sangat comel :) Kami beli sekali banyak, sangatlah murah harganya :)


Selesai membeli belah sedikit sebanyak, kami kembali ke port kami untuk bersantai. BERSAMA TIKAR BARU. Best best. Duduk bersantai, ramai orang pandang kami memandangkan kami semuanya perempuan, dan memakai topi yang sama. Jangan pandang kami boleh? Kami hanya perempuan biasa. Bertangan dua berkaki dua berlubang hidung dua. Sama dengan kalian semua bukan?

Kemudian aku dan Zai pergi solat, meninggalkan mereka yang lain memandangkan mereka enak dibuai bayu laut. Solat punya solat, bila balik port kami, ini yang kami temui :



Macam mangsa Tsunami pun ada jugak kan? Letih sangat mereka melayan bayu laut itu sampai tertidur. Ish3. Kemudian kami kejut mereka untuk solat. Sambil menanti mereka, aku dan Zai berasyik-asyik menangkap gambar.

Menikmati gula kapas.


ZZZ mencari sinar cahaya cahaya barangkali.

LAMA lepas tu, baru mereka bertiga yang lain sampai. Khusyu' sungguh solat. Bagus. Teruskan amalan itu. Kemudian kami berkemas-kemas. Bukan sebab nak balik, tapi sebab nak jalan di tepi pantai nikmati kehalusan pasir kemasinan laut :)

I'm leading the trio.

Trio in Parios and Topios :)

Sangat suka corak pario aku.

Mad yang comel :)

Akhirnya dapat pun kami berlima bergambar same2 :)



----:: TAMAT ::----



Bertanyakan khabar sayang.

Zati berlatarkan pokok kelapa, macam gadis Hawaii :)