Pages

Saturday, May 17, 2008

Kekaguman 1

Khamis. 15 Mei. Kekaguman hari ni dilemparkan kepada seorang pelajar final MMU bernama Syed Huzaifah Syed Omar. Muka terpapar dalam segmen INFINITI dalam KOSMO! dengan tajuk Navigasi Umrah Maya. Sangat kagum dengan beliau sebab berjaya mencipta sebuah aplikasi yang dapat membantu bakal jemaah untuk menunaikan umrah. Dulu waktu zaman sekolah aku ade je praktikal untuk tunaikan haji, buat dekat dewan sekolah. Ade replika Kaabah sekali. Pastu kami sume kenela berlatih macam betul-betul buat haji. Melontar batu pon ade jugak. Agak seronok la, tapi aku agak main-main waktu tu. Main baling batu kat budak-budak lain (agaknye Syaiton sangatkah budak tu sampai aku lontar batu kat die?) Isk3.

Gambar dari KOSMO! Khamis 15 Mei, ruang INFINITI m/s 27.

Kembali pada tajuk asal. Aplikasi ini merupakan projek tahun akhir beliau. Idea untuk mencipta aplikasi tersebut tercetus apabila beliau mengalami kekeliruan sewaktu menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lepas. Sangatlah bagus die ni, sendiri merasa susah, bantu orang lain pulak kan? Aplikasi ni macam ko main game la, cume misi nye of course la lain. Ko kene habiskan umrah ko ngan sempurna. Lokasi Hajar Aswad, garis permulaan tawaf, garis permulaan saie, 56 pintu masjidil haram serta pelbagai informasi lain turut dimuatkan dalam aplikasi ni. So, sambil ko berlatih wat umrah, boleh la ko tau informasi lain. Seronok kan?

Agak-agaknye kan, boleh tak muke aku masuk KOSMO! 3 tahun akan datang, dalam ruang INFINITI, cite pasal final year project aku? Kalau tak pun, masuk dalam jurnal SPE pun jadilah. Tajuk?

MUNGKIN Virtual Drilling
Teknologi ni MUNGKIN membolehkan bakal-bakal jurutera petroleum untuk belajar drilling module dengan lebih berkesan, walaupun mereka sedang baring atas katil ataupun minum-minum di warung kopi.

MUNGKIN Enhanced Oil Recovery : Agro Wastes
Teknologi ni MUNGKIN membolehkan gas karbon oksida yang digunakan untuk oil recovery diganti dengan kentut binatang-binatang ternakan. Dan manalah tau kan, kot-kot kentut babi lagi berkesan kalo nak dibandingkan dengan kentut binatang lain.

Pape pon, tajuk-tajuk di atas hanyalah angan-angan semata-mata. Masih di peringkat penyelidikan aku. Apa yang diperkata, belum ada rasional.

Thursday, May 08, 2008

Gadis Pantai


Ini gambar pengenalan untuk entry kali ini. What's on your mind? Aku dan Zai ke Phuket atau Had Yai? Atau mereka yang katak tempurung ingin meneka Australia? Bagi mereka yang pernah ke Teluk Chempedak, semestinya yakin ini BUKAN TC. Tempat ini adalah TB. Ya, Teluk Batik. 1 jam je dari UTP.

1 Mei sampai 3 Mei aku berada di KL. Masa untuk keluarga. Tiba di UTP, kira-kira pukul 10 malam. PUkul 12 malam, aku tido. Sangat asyik tido, aku bangun pagi tu dikejutkan oleh Zai pukul 10. Ayat pertama yang aku dengar dari Zai pagi tu : Fad Fad, kite pegi Teluk Batik jom?

Amboi2, aku da la lame tak bukak buku, ko lagi nak ajak aku pegi pantai ye Zai?

Tetapi disebabkan aku masih berada dalam mood cuti, aku pun layan je lah. Naik kereta sewa yang kokak, RM45 untuk setengah hari. Bersamaan 12 jam. Sangat tak berbaloi. Baik aku naik bas henti-henti Perak ni yang aku da sedia tahu memang kokak. Maksud aku, aku tak sangka kami bayar RM45 untuk sebuah kereta yang kokak. Ah. Abaikan kisah Kancil kokak itu.

Kami ke sana bersama 3 lagi rakan : Mad, Zati dan Aliya. Tiba di TB kira-kira 12 tengahari. Orang sangatlah ramai. Maklumlah, hari cuti. Turun je dari kereta, aku beli aiskrim. Share dengan Zai yang tak sedar diri baru keluar hospital tu. Kemudian mencari port yang sesuai untuk kami berlima. Saat ni muncul perasaan geram dan tensen yang amat kat Zai. Begini kisahnya :

Tersebutlah kisah, sebaik tiba di port itu, Zati menanyakan kami :
Ade bawak tikar ke?

Tiba-tiba satu suara yang bajet girang, bajet problem solver (atau ZZZ) menjawab :
Ade ade! Ade dalam beg!

Make insan yang bajet problem solver bajet girang (atau ZZZ) tu menyelongkar beg untuk mengeluarkan tikar yang dimaksudkan. Dengan muka yang sebijik ngan Doraemon waktu keluarkan perkakas daro Poket Ajaibnya, saudari ZZZ mengeluarkan tikar itu, sambil membuka lipatan tikar itu. Melihatkan saiznya yang SANGAT besar, kami serentak berkata :
Alahai ZZZ, BESARnye tikar!! Alalala, comelnye tikaaar!
(Tym ni rase nak smack down ZZZ je)

Pembaca sekalian, tengoklah saiz tikar ni. Mana muat untuk 5 orang? Huhu


Lepas tragedi tikar, kami pergi makan. Perut kami sangatlah lapar. Aku makan mi bandung. Tak sedap sangat, manis je lebih. Rindu masakan emak. Kami berlima share 3 air kelapa. Tak sedap sangat, ais je lebih. Rindu air buatan sendiri.

Lepas makan, kami pergi melawat gerai pulak. Tengok itu tengok ini. Aku, Zati ngan Zai (ZZZ) tertarik dengan pario yang dijual di situ, maka kami pun borong lah! Hehe. Terus pakai beb! Menyorok di tempat tersorok, terus pakai! Heheh. Sangatlah seronok menggayakan pario tersebut. Kemudian, beli topi pulak. Kami semua beli. Topi tu sangat comel :) Kami beli sekali banyak, sangatlah murah harganya :)


Selesai membeli belah sedikit sebanyak, kami kembali ke port kami untuk bersantai. BERSAMA TIKAR BARU. Best best. Duduk bersantai, ramai orang pandang kami memandangkan kami semuanya perempuan, dan memakai topi yang sama. Jangan pandang kami boleh? Kami hanya perempuan biasa. Bertangan dua berkaki dua berlubang hidung dua. Sama dengan kalian semua bukan?

Kemudian aku dan Zai pergi solat, meninggalkan mereka yang lain memandangkan mereka enak dibuai bayu laut. Solat punya solat, bila balik port kami, ini yang kami temui :



Macam mangsa Tsunami pun ada jugak kan? Letih sangat mereka melayan bayu laut itu sampai tertidur. Ish3. Kemudian kami kejut mereka untuk solat. Sambil menanti mereka, aku dan Zai berasyik-asyik menangkap gambar.

Menikmati gula kapas.


ZZZ mencari sinar cahaya cahaya barangkali.

LAMA lepas tu, baru mereka bertiga yang lain sampai. Khusyu' sungguh solat. Bagus. Teruskan amalan itu. Kemudian kami berkemas-kemas. Bukan sebab nak balik, tapi sebab nak jalan di tepi pantai nikmati kehalusan pasir kemasinan laut :)

I'm leading the trio.

Trio in Parios and Topios :)

Sangat suka corak pario aku.

Mad yang comel :)

Akhirnya dapat pun kami berlima bergambar same2 :)



----:: TAMAT ::----



Bertanyakan khabar sayang.

Zati berlatarkan pokok kelapa, macam gadis Hawaii :)





Wednesday, April 30, 2008

Tragedi 29 April

Hari ini birthday bestfriend aku waktu sekolah rendah dulu. Nama, Aimi Zawiyah. Da wish pun. Awal pagi aku bagi die SMS.

Epi besday mi =)

Tu je bunyi SMS aku. Sangat tak bernafsu kan? Haih. Biarlah. Yang penting, aku tak lupe.

Tapi selain birthday Amy, ade benda lain yang jadi, yang wat aku rasa diri aku ni teruk sangat-sangat. Pagi tadi, lepas kelas terakhir Technical Writing, aku ngan bebudak lain for sure la melangkah pulang kan. Kami macam biasa la, jalan kecoh-kecoh, gelak besaw-besaw. Pastu, depan kami berjalan seorang lelaki berlawanan arah. Bajunya biru gelap berbelang putih. Pakai spec. Berseorangan, ingin ke kelas agaknya. Lepas je die melepasi kami, tibe-tibe kedengaran bunyi yang amat kuat! Punyala aku ingatkan bangunan UTP da runtuh! (hiperbola) Kami pun toleh la belakang (memandangkan bunyi itu ari arah belakang) Tuptup, rupanya lelaki tadi tu jatuh! Aduh! Kasihan! Aku yakin yang die sakit sangat-sangat sebab bunyinya kuat semacam! Jatuh dia tu yang spesis dada terhentak kuat. Huhu. Terdetik di hati aku untuk menawarkan bantuan. Ya, aku tau dia lelaki. Bantuan yang aku maksudkan tu is at least tanye die : OK tak ni?

Tapi sayangnya, aku tak wat. Sebab aku rasa dia mampu bangun. Patut tak aku berfikiran macam tu? TAPI disebabkan aku tak wat la aku rasa menyesal sangat-sangat sekarang ni. Aku rasa aku ni macam ahli komuniti yang jahat sangat-sangat. Tak membantu. Ish. Pedulikan dia lelaki atau perempuan, aku kenela tolong kan? Nanti kalo satu hari aku bawak kete terlanggar tembok, orang lain tengok aku hidup lagi, diorang berlalu pergi je. Nape? Sebab aku hidup lagi so tak perlu la diorang stop kan? Ish. Dibuatnya enjin aku tak ley idop, cane tu? Kot tempat tu berhantu, tiba pulak waktu tu malaaammmmmm. Eeeeii mintak dijauhkan.

Aku mengaharapkan anda yang baca blog ni adelah sepupu sepapat, sedara-mara, adik beradik lelaki tu. Bau-bau bacang, bau-bau kuda pun jadilah! Maapkan aku sebab tak tolong saudaramu itu. Aku rasa tak best sangat-sangat dua hari ni. This is not a typo.

Friday, April 18, 2008

Senario CAPTURE & DELETE

Seringkali kita terdengar orang cakap "cute nya dia" "eh, macho kan mamat ni?" "wuiyo cun gila minah ni!" dalam kehidupan seharian. Barangkali mulut anda sendiri (tuding diri sendiri) yang mengungkap kata-kata sebegitu. Setiap perkara/item/hidupan ada pro dan kontranya bukan? Entry aku kali ni menunjukkan bukti-bukti yang menjerumus kepada 'usah percaya kepada apa yang anda lihat'.

Hidup aku suka memerhatikan orang. Satu sikap yang sangat-sangat ketara yang wujud dalam majoriti individu adalah mereka gemar mengambil gambar menggunakan kamera digital serba canggih berpixel tinggi, amek gamba gune tangan sendiri beb! Pastu tengok balik gambar yg diambil tu. Kalo jawapannya "Ha OK2. Gamba lawa", kamera disimpan; atau ambik gambar lain plak. Kalo jawapannya "Ala weh! Aku macam apee je!", gambar diambil sekali lagi, atau berkali-kali lagi sehingga semuanya PERFECT. Aku panggil senario ini sebagai CAPTURE & DELETE. Sungguh canggih zaman sekarang, sume benda buleh re-do! Cuba ko bayangkan ko pakai kamera yang guna filem tu. Bila dah cuci gambar, kalo muka ko nampak cacat dalam gambar tu, aku gerenti ko buang gambar tu.

Aku terasa macam 'hello, nape kene malu kalo muka ko NAMPAK cacat je?'. Bukannya selalu ko buleh tengok rupa ko macam tu. Lagipun waktu ko tido rupa ko bukannya macam pari-pari pun. Waktu ko berhempas pulas nak jaringkan gol, muka ko bukannya tersenyum pun. Lagi satu, dalam toilet, (yang ini, sambung sendiri)

Aku bercakap ni sebagai AKU, insan yang nak pinjam mata orang lain sebab nak tengok NURUL FADHILAH SALLEH dari mata yang berlainan. Secacat mana Fad ni?

Gambar-gambar di bawah, aku rasa sangat-sangatlah berharga! Payah nak dapat!

First rated : Zai dalam aksi Jongang Ooooww.


Ayat dalam aksi Si Kanggaru Buta Mumumu dan Zai dalam aksi Ikan Buta BlupBlupBlup. Aku? Berjaya control lagiii


Ha amek ko Fad! Takde control2 lagi dah!


Kategori apa ni? Arnab Menyinga atau Mendengus?


Dibah, jangan control OK? Stakat idung kembang mata juling, baby baru lahir pun buleh buat!

Saya seorang Makcik

MOnday, April 13 : Aku menjadi makcik baru hari ni dengan kelahiran baby Ariff :)

Ariff. Maaflah, nama penuhnya aku blum tau lagi. Hehe


Dan mereka berdua pastinya orang yang PALING bahagia sebab kroni mereka bertambah lagi seorang!


Abang Ipar II dan Abang Ipar I : Tisya ngan Abg Wadi, Aliff ngan Abg Fer.

Monday, April 14, 2008

Breakfast paling sedap

Halal dan jugak sedap. Kalo aku balik rumah waktu cuti, memang tak sah tak makan benda alah ni :





Telur separuh masak


Letak pepper dan sedikit garam.


Uli/kacau/godak.


Langkah seterusnya, bakar roti (jangan sampai roti tu jadi biskut itam). Sebaik sahaja roti itu melompat dari toaster, jangan berlengah, terus sapukan butter kat roti tu. Tujuannya supaya butter itu CAIRRRRRRRR dan meresap ke dalam setiap zarah roti itu. Kemudian celup-celup roti itu ke dalam telur yang siap dikacau tadi. Makan waktu panas, aku yakin korang jadi takesah makan telur 1o biji sehari. Percayalah!

Sunday, April 13, 2008

Realiti di UTP : Renungan Bersama


Buat mereka yang tak tahu menahu tu, ingin aku umumkan di sini bahawa aku telah terpilih untuk menjadi Block Manager (BM) untuk Block J beberapa bulan lepas. Betul-betul TERPILIH la senang cakap. Pelantikan tanpa sebarang temuduga. Tidak perlu isi borang. Malah mereka yang memilih aku sendiri tak kenal siapa Nurul Fadhilah Bt Salleh.

Abaikan kisah itu, apa yang penting sekarang, aku berjaya menjadikan pelantikan itu sebagai satu cabaran untukku mengasah 'soft skill' aku.
Village5 Committee telah mengumpulkan kami para BM V5 di bawah satu payung bernama Human Resource Department. Tak boleh bla seyh name payung tuu. Macam gempak je, tapi itulah, tugas kami difokuskan untuk mencari sumber tenaga untuk mana-mana event yang memerlukan tenaga tambahan dan juga cari peserta untuk setiap pertandingan anjuran UTP.

Sejak aku diserapkan dalam organisasi ni, banyak perkara yang aku saksikan terutama sikap pelajar UTP sendiri terhadap mana-mana event; terutamanya yang memerlukan mereka memerah keringat. Barangkali aku sebelum ini serupa sahaja dengan apa yang aku saksikan. Kalau yang perempuan tu, bimbang ke'control-cun'an mereka terjejas. Yang si lelaki pula mungkin terasa diri mereka terlalu gagah dan perkasa, bila menang nanti bimbang diserbu dihempap dipeluk peminat wanita. Betul tak bang? Tapi takpe, jadikanlah kisah aku ni sebagai tauladan kita semua. Renung-renungkan! (ikut tone Ustaz ape tu yang dalam Hot.FM tu)

Event pertama
Hampir dua minggu lepas V5com telah menganjurkan Tarik Fiesta yang merupakan pertandingan tarik tali. Terbuka kepada lelaki dan perempuan, dan itulah kali pertama aku pergi dari bilik ke bilik mencari peserta. Maklumlah, kali pertama buat keja camtu, aku cuak-cuak sikit. Tambahan pula, aku ni kan pemalu orangnyaaa (Bwekk!) Banyak masalah yang comittee aku lalui untuk event ni, termasukla jumlah peserta perempuan sangat-sangatlah tidak menggalakkan. Sedih la jugak, aku ngan kawan-kawan aku punyala semangat nak tarik tali, tapi pertandingan tarik tali untuk perempuan akhirnya dibatalkan disebabkan penyertaan yang tidak memenuhi jumlah yang diperlukan. Sedih2. Ape yang aku nak highlight kat sini adela, jangan buat orang lain yang semangat nak main jadi frustrated sebab hal-hal macam tak cukup org etc. Huhu

Malam sebelum berlangsungnya event tu, aku tolong committee balut-balut hamper. Berlaku satu keajaiban malam tu di mana aku berjaya menghasilkan ribbon untuk diletak kat hamper n jugak ole-ole untuk VIP. Ribbon yang aku buat tu bukan main-main beb. Aku main pusing-pusing ribbon tu, ikat, gunting sikit, tarik sane sikit, sini siket, menjadi weh! Gile kentang! Kalau korang tengok, korang sure tanya "beli kat mane ribbon ni?" Cayalah Fado!

Bergambar setamatnya Tarik Fiesta



Event kedua
Event yang dinamakan Inter-village Sports Tournament (IST) ni masih berlangsung, yang mana tirainya dibuka semalam. Aku macam biasalah, mencari peserta kat blok aku ni. Berkat usaha aku naik turun blok, tanpa segan silu ketuk bilik orang, ramai jugak kontinjen yang berjaya aku kumpulkan. Lebih 30 orang (sebagai satu perbandingan, blok G berjaya mengumpul 20 lebih kontinjen). Wa manyak happy beb! Dalam 30 lebih nama tu, ada jugak nama aku. Aku masuk 4x400m n Campus Run. Aku ni bukanlah hebat mana pun dalam bab lari-lari ni. Sungguh, selama aku sekolah dulu pun aku TAK PERNAH menang dalam mana-mana pertandingan lari walaupun TIAP-TIAP TAHUN AKU MASUK PERTANDINGAN. Aku tak kesah la, yang penting rumah aku tak menangis mencari peserta.

Apa yang aku nak cerita sekarang ni memang ada potensi la korang tak caya. Semalam aku dengan Zai bertolak ke Sports Complex dalam pukul 930 pagi. Lepas hantar aku, Zai berpatah balik ke V5, nak jemput Syima pulak. Waktu aku dok menunggu tu, pandangan aku tertumpu dekat sekelompok manusia bergelar wanita kat netball court tu. Hati aku berkata, "diorang ni nak praktis netball agaknye". Mereka kelihatan tertoleh sana sini, entah apa yang mereka fikirkan, aku tak tahu menahu. Pandangan aku beralih pula ke tempat lain, memerhati orang sekeliling. Tiba-tiba, Poooottttt!! Benda alah yang slalu kita guna waktu nak mula lari tu berbunyi dari arah netball court tu beb! Aku pun toleh la, aku bebel sendirian, awat nak buat sound check kat benda alah tu pulaaak. Janganla wat aku gelabah kan.

Sekali sekumpulan manusia yang tak terdiri daripada kurang 20 wanita berlari dengan sangat gemalai meninggalkan netball court itu. I couldn't believe my eyes! Bebudak yang aku memula nampak kat netball court tu rupanya peserta Campus Run! Itu yang pertama sekali terlintas kat otak aku. Yang kedua, barula aku sedar, I missed it!! Demit, Zai da la tak sampai lagi. Nak nangis beb! Aku pun pelik la, pehal awal gile event tu start. Dalam jadual kata perempuan stat lari pukul 1015. Pehal aku sampai kol 940 orang da lari? LAMA lepas tu baru Zai sampai. Dengan muka tak malu aku pun tanya la sorang committee ni, nak lari boleh tak? Akak tu jawab : tak buleh da, committee da balik dari checkpoint. Oh ku keciwa!

Balik tu, aku terus on PC, aku nak buktikan jugak yang aku tak salah! Aku klik file JADUAL LENGKAP.doc yang mengandungi jadual lengkap untuk event ni.

Baru aku perasan, committee untuk IST ni silap wat jadual. Apa yang aku faham dari jadual tu, aku buleh datang bila-bila masa antara 9-10 pagi, dan perempuan stat lari pukul 1015 pagi. So kira awal la tu aku datang pukul 930. Isk. Aku betul-betul keciwa. Sebab aku memang berkobar-kobar nak sumbang mata untuk V5. Aku yakin aku mampu menyumbang mata sebab track die tak sejauh mana. Tapi, apakan daya..


Konklusi:
Aku tak tahu apa masalahnya, sampaikan berapa kerat je yang datang pagi tu untuk Campus Run. Untuk pengetahuan pembaca semua, terdapat beberapa acara lain yang dijadualkan berlangsung pagi tu yang terpaksa dibatalkan berikutan ketidakhadiran peserta. Pada pandangan aku, setiap individu bertanggungjawab di atas kejadian ini. Kesilapan individu yang over-confident macam aku ni, aku tak pastikan dengan committee IST sendiri pasal masa event tu start. Kesilapan individu yang bergelar komiti IST, tak periksa jadual yang diatur dan kurang publisiti tentang event ni. Kesilapan individu yang bergelar peserta, semangatnya untuk bermain surut tenggelam. Sebab tu tak nak amik tau pasal jadual event itu sendiri. Mengharapkan SMS dari AJK kolej kediaman mereka masuk dalam inbox mereka mengumumkan when where how. Selagi tak dapat SMS dari comittee, mereka duduk diam dalam bilik. Hu



Dan..




Aku memang cemburu melihat keratan akhbar ni..









Dipetik dari akhbar Kosmo!, 12 April 2008 dalam ruangan Zoom



Bila sports day UTP nak meriah macam ni..?

Wednesday, March 26, 2008

Geology Field Trip

This entry is a bit late, (great apology to Kak Nim :D ) but as I said before, never mind about the date you see above. It's only a decoration with numbers in your blog, just to make your blog looks technically right! =))


Saturday, March 22. My course of 80 students went for trip to I-don't-know-where but not so far from UTP. All I know is, when you pass the front guard post, turn right at the traffic light and go straight. AND one more thing, DON'T SLEEP, as you won't know how to tell the others when they ask you this : how to get there eh? =p

As we reached the site, both our lecturers, APDR Chow and Dr Bernard gave us some briefing on what to find, what to observe, what to measure etc. Their briefing seemed useless to me as my ears my eyes my mind my everything had already been set on the outcrop! (apology to them :p) I couldn't believe my eyes; everything that I saw in book was just before me! Wowo! Once again I don't feel any regret taking Petroleum Engineering as my future career. This is the best choice I ever made in my life. This is the best choice I ever made MYSELF. Once again, MYSELF ;)


Then we got into groups and started to search for interesting site of 10 meters. Zaza and Naila were in my group, and to make our job easier, we did a joint venture with Ima's and a boy's group.

This was the site which attract me at first,

but Ima insisted on finding for another interesting site.

Ehem. Reader, note this : when you hear people saying “jom la cari tempat lain” in a geology trip, this means that they want to go for something more adventurous. They want the higher part of the outcrop. This means that you have to climb the outcrop. And this means that your pants and shoes will get dirty. And all these mean another great experience in your life =)

Finally we found this site :

IT IS an interesting site as what you can see, there are obvious different layers of rocks. But hey, did you know how these different layers are formed? How is an outcrop formed? Well, here’s something for you to get a better picture of the formation.

This is the picture of the earth crust with different(many) layers which is subject to gravitational pressure by the load of overlying rocks and also, other stresses. Then it becomes this :

And due to climate change, the alternating layers of hard and soft sedimentary rocks will be eroded to form :

THIS


THIS








and many more!




Example of stones found in our site :

You might think this as a decomposed wood kan? But it is actually a type of stone =)


We call this shale stone. The brownish part is caused by iron oxide. This type of stone is typically used to buat cement I guess.


A type of mudstone.


Yellow : sandstone, very fine sand.


And now, picture time!! :D


Agus in gray cap was helping us with the compass.


C'est moi! Taking the sandstone sample.


A graduate assistant (GA) helping us with the task. He's soooo adorable :D


This is what we call joints. Brick-like structure, naturally occur. The ruler as the scale.


Measuring the angle of dip and strike.


Oops! We 'accidentally' destroyed the joints! Haha


Me, Zaza and Naila sebagai Gadis-gadis tukul :D


Everyone was so HAPPY lah!!
The only girls in the huge class (from left) : Ai, Ima and me, Zaza, Uyun, Naila, and Syima =)