Pages

Friday, March 21, 2008

Kekasih Lama Baruku


Ya, ini beliau. Kekasih lama dan baruku. Maaf kepada rakan-rakan sebab merahsiakan hal ini daripada kalian semua. Bukan apa, aku bimbang kalian semua tergoda dengan kekacakannya, nanti aku pula yang terlepas! Siapa dia ni?Klik di sini untuk melihat profil beliau.

Gambar itu aku rasa sudah memadai untuk menyingkap identiti sebenar lelaki itu. Betul tak? Apa? Gambar tu besar sangat? Oh, maaflah. Saiz gambar itu melambangkan rasa kasih aku terhadap beliau. Perbezaan rupa dan wajah dalam gambar tersebut hanyalah kesan teknik perisian Adobeh Photokedai milikku. (Perisian khas ini membolehkan anda mengedit gambar tanpa menekan sebarang button di komputer anda.)

Kekasihku tinggalkan aku keseorangan di Malaya ketika Malaya baru mencapai kemerdekaan untuk menuntut ilmu. Beliau sebelum itu menuntut di Maktab Sultan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai English College. Beliau meninggalkan ibunya, seorang kakak dan seorang adik lelaki di kampung halamannya, Muar. Berpisah dengan keluarga bukanlah satu masalah yang besar bagi beliau kerana beliau memang dididik supaya berdikari sejak kecil. Kekasihku itu TIDAK PERNAH menceritakan kepadaku tentang zaman kanak-kanaknya. Bila ditanya mengapa, jawapannya mudah; kisah zaman kanak-kanaknya tidak menarik. Ibunya tegas. Maklumlah, tugas sebagai seorang guru turut mempengarahi gaya asuhannya di rumah. Bapanya yang merupakan seorang kerani polis, meninggal dunia dalam sebuah kemalangan ketika pulang dari kerja. Kejadian berlaku ketika adik lelaki kekasihku itu masih kecil. Kasihan..

Kembali kepada kisah kita..
Barangkali kekasihku ini terlalu mantap fikirannya, beliau ditawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran di University of London. Mesti beliau seronok kan? Ya lah, bukan senang nak dapat peluang belajar di negeri orang. Lagi-lagi zaman beliau dulu zaman dinosaur belum pupus. Telur dinosaur pun masih ada yang belum sempat menetas! Tapi, aku rasa sebab dinosaur masih ada lah beliau nak melarikan diri jauh-jauh meninggalkan aku. Ish3. Memang tak patut!

Sebenarnya, berat hatiku untuk melepaskan beliau pergi jauh-jauh. Bimbang aku rindu, siapa yang nak ubat? Bimbang aku sakit, siapa yang nak risaukan aku? Tapi, demi masa depannya, kutabahkan jua hati ini. Merelakan......





Dan disebabkan risau akan keadaannya di sana, aku hantar seorang spy untuk mengintip pergerakannya di sana. Gambar ni amat-amat membuktikan yang beliau lupakan aku!


Langsung tak pandang orang! Sampai hati beliau! =(




Ini! Pergi Colloseum entah ingat aku entah tidak! Entah ada ole-ole untukku entah tidak! =(



Dan..

Gambar di bawah ini betul-betul merobek hatiku. Tiada siapa yang tahu...




Beliau seronok berteman baru di sana! =(



Namun aku pasrah.. Apalah kudratku untuk menentukan nasib diri sendiri.. Uhuuu..


Setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun, lima tahun.. Batang hidungnya yang kurindui itu tidak muncul-muncul di depan mataku..

Enam tahun, tujuh tahun, lapan tahun, sembilan tahun, sepuluh tahun.. Baunya yang mampu membangkitkan semangat dalam diri ini kian lesap. Namun kugagahi diri untuk terus menanti..

Sebelas tahun, dua belas tahun, tiga belas tahun, empat belas tahun. Empat belas tahun kunanti.. akhirnya beliau pulang membawa sinar baru untukku. Diriku destinasinya. Namun kekasihku itu tidak tahu bahawa aku mengintainya dari alam maya. Aku mengasihaninya dari jauh. Aku mengharapkan dirinya dalam diam..






Aku menanti dan terus menanti..







Akhirnya dia menemukanku. Aku teramat gembira kali pertama kami bertentang mata. Tiada kata yang terucap melainkan kalimah UwaaaUwaaaaaUwaaaa. Siapa aku? Aku adalah..




Budak yang comel..


Gemuk..









Dan..










Dikelilingi sebuah keluarga yang bahagia =)

Monday, March 10, 2008

Kisah Soaring The Eagle 2

Kitorang ade buat pertandingan American Idol, setiap kumpulan kene ade sorang wakil. So kitorang ade 4 penyanyi. Ngehehe. Aku tak larat nak gelak waktu tengok persembahan diorang. Si Bijan semangat abes la nyanyi. Jaidy feel gile. Shimi plak, bese-bese je. Michael? Bukan die yang nyanyi untuk kitorang, tapi kitorang yang nyanyi untuk die! Abes tunggang langgang lagu tu! Isk3. Dan Sampet (selaku Simon Cowell) telah dicabar oleh Bijan untuk buktikan bakatnya dalam nyanyian (yelah, mengkritik orang je selalu, kan? Apa salahnya kalau kite test power diorang kan?) =D

PERKENALKAN, PARA PESERTA KAMI :

Ini Bijan. Kelihatan cacat bukan?

Yang pakai baju hijau tu Shimi. Yang duduk selang satu kerusi dari die, Jaidy. Perempuan yang kanan sekali tu, oh maap. Aku tak kenal.

Ni pula Michael. Senyumannya sangat menawan, bukan?

PENGACARA KAMI :

Jason sebagai Ryan Seacrest.

BARISAN PENGADIL KAMI :

Nahvin sebagai Randy Jackson, Devina sebagai Paula Abdul, and Sampet sebagai Simon Cowell.

KEPUTUSANNYA :

4) Bijan
3)Michael
2)Jaidy
1)Shimi

Bijan yang mewakili kumpulan aku, semestinya telah menghampakan kami semua. Sob3. Aku ingat, mamat jiwang tu buleh menang. Sekali idak! Isk. Keciwa sungguh daku. Michael yang nyanyiannya bertarabur pun dapat kalahkan Bijan! Apa sudah jadi wahai Bijan?! Sob3.
Tapi tak mengapa Bijan, aku tau, ko da berusaha sehabis baik. Dapat kulihat semangat gigihmu itu dari kerutan wajahmu sewaktu meneran suara tu. Well, aku tau, bukan senang nak nyanyi lagu Seroja tu kan??

Kisah Soaring The Eagle 1

Dah lama kaki ni meninggalkan Casa Rachado untuk kursus seminggu tu, but no entry on it. Nape Fad? Aku rasa tempoh seminggu tu terlalu lama untuk aku compile kan sume benda dalam satu entry. Faci aku namanya Cik Ruzila, berusia lebih 40 tahun (rasanya lah). Berstatus bujang, mempunyai perwatakan yang menarik pada pandanganku. Seorang wanita yang aktif, pandai meneka apa yang tersirat dalam hati kami, dan sentiasa menjaga kata-katanya. Pernah berkhidmat untuk PETRONAS lebih 20 tahun, dan kini berkhidmat untuk PERMATA, bertugas bila suka (itu katanya).
Kami pada awalnya diberikan sehelai kertas dan dikehendaki untuk melukis impian kami. And..



Inilah rupa lukisan aku. Aku tak peduli ape komen korang, tapi aku nak korang dengar explanation aku pasal lukisan ni :
  • USAH TERPEDAYA DENGAN LUKISAN NI. Aku bukanlah nak rumah aku dengan laki aku nanti ade pelantar minyak kat belakang rumah tu, tapi apa yang aku nak sampaikan is aku nak kerja di pelantar minyak nanti. Boleh sayang?
  • RUMAH YANG SIMPLE. Aku tak nak rumah 2 tingkat atau 2 tingkat setengah atau 3 tingkat atau lebih. Aku bimbang kalau-kalau aku tensen, aku campak anak aku dari balcony. Aku bukan Michael Jackson, OK?
  • VOLKSWAGEN? Ya, itu yang kumahu. Beetle kuning Sunflower. Cun gitu! Harga? RM140k.
  • LELAKI ITU SIAPA? Of course suami aku!
  • SIAPA BUDAK KAT TINGKAP TU? (tersipu) Oh, hehe. Barangkali itu anak aku, atau.. anak jiran sebelah. Heee. Malu la I nak cakap!

Reservoir module

Ye, aku tahu aku tak post entry untuk Khamis hari tu. Why? Aku rase minat aku bukan reservoir engineering, dan aku memang lemah dalam hal-hal berkaitan dengan chemistry ni. Well, I scored C+ for my previous chemistry paper. Teruk kan? Ye, aku tau, sebagai seorang pelajar aku tak boleh bersikap berat sebelah atau memilih atau menyenget bahu. Tapi, semakin aku cube untuk tidak menyenget bahu, aku semakin gagal untuk mencintai hal-hal yang melibatkan chemisty ni. Isk. Come on, I need someone to show me that chemistry is BEAUTIFUL~

Saturday, March 08, 2008

Puteri Reformasi menang



Tahniah diucapkan kepada Nurul Izzah Anwar(gambar) yang berjaya merampas kerusi Lembah Pantai menentang lawannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat telah mempertahankan kubunya itu sejak 1995 dan pernah beberapa kali menang majoriti dalam pilihanraya lepas (BERNAMA,2008) . Namun rezeki tidak lagi memihak kepada beliau, apabila Nurul Izzah yang sebaya anak perempuannya menewaskan beliau dalam pilihanraya kali ini. Tahniah sekali lagi yee :)

Friday, March 07, 2008

Saya Calon PUNDAK

P161 Pulai

Terima kasih diucapkan buat YB Pazuzu tersayang yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi calon PUNDAK. Terima kasih juga sebab lambat meluluskan permohonan saya (semangat nak berkempen dah pudar dan hilang warnanya). Walaubagaimanapun, kesedaran sebagai seorang calon pilihanraya telah meniupkan angin semangat 46 kepada saya untuk terus berkempen (walaupun masa untuk rakyat keluar mengundi tinggal beberapa jam sahaja lagi). Hai YB Pazuzu, aku da takde semangat nak berucap ni..

Tuan puan sekalian,
(menangis)
Saya sebenarnya terharu melihat sambutan tuan puan pada majlis ini, semata-mata untuk mendengar ucapan saya, dalam hujan renyai bertemankan bulan mengambang bersisikan hantu-hantu pilihanraya.
(aku hantu tu, diorang tak tau pun)

Tuan puan sekalian,
(berhenti menangis, buat muka gagah)
Undilah saya sebagai wakil anda, ternyata banyak manafaat yang bakal anda peroleh. Antaranya :
1) Ikan dan riang-riang dijual secara percuma.
2) Duyung akan disediakan sebagai santapan pagi dan malam buat si teruna.
3) Minyak gamat akan dilelong secara percuma dari rumah ke rumah(untuk kegunaan luar shj.)
Banyak bukan manafaatnya?
So, apa lagi yang dinantikan? UNDI SAYAAAAA!!!!!
(menjerit tetibe. Penduduk kampung lari)



(berjalan ke belakang pentas. Mencari SETIAusaha)
Ikan : Weh, berapa ratus ko bayar diorang tu sume? Nape aku baru jerit sikit diorang da lari?
SETIAusaha : 50sen, bos.
(klupp!! Ikan mengetuk pale SETIAusaha dengan muka bengis. Mendengus. Hisss)
Ikan : Kan aku da cakap, upah diorang 5ohinggit!
SETIAusaha : Haa, tu. Tu bos cakap bagi DIORANG 50hinggit. Saye cari la 100 orang, bagi diorang 50sen sorang. Saye salah kire ke bos?
Ikan : ............ (keciewa dengan SETIAusaha yang telah diketahuinya sejak awal lemah dalam KOMUNIKASI, bukan MATEMATIK)





(duduk keseorangan di pentas)
Malam oh malam, aku tak heran kalau aku kalah undi esok..

Friday, February 29, 2008

Kempen Mengundi : Pertandingan Slogan

Petang Khamis lepas, aku terlihat borang penyertaan pertandingan mencipta slogan bertaburan atas meja makan. Aku pun terfikir, menarik jugak kalo aku masuk pertandingan ni, bukannya kena bayar pun. So aku pun mula la mencipta satu demi satu slogan. Memang seronok waktu tu, terasa macam buat esi pendek gitu. Hehe. These are how the slogans sound :

  • Students' participation in elections is important because every single
    cross is the key to mind empowerment and a better quality of our
    democratic house, Malaysia.
  • Students' participation in elections is important because the sign of
    an intelligent community is when they realize that the power of
    democracy is in their hands.
  • Students' participation in elections is important because their
    intelligence will only complete when they fulfill the responsibility
    towards the power of democracy that is in their hands.

Tibe-tibe petang semalam, aku dapat message from an unknown number menyatakan yang aku kene pegi Undercroft, untuk amek hadiah pertandingan tu. Aku tak tau la pada awalnya aku dapat tempat ke berapa. Sekali waktu majlis penyampaian hadiah tu, rupenye aku menang 1st prize tu! Slogan aku yang terplih tu adela yang 1st skali tu. Fushh. Memang tak sangka! apa-apa pun, aku nak berterima kasih pada Kak Nim yang turut menyumbang (diulang sekali lagi, menyumbang) idea untuk slogan ni. And terima kasih jugak untuk mereka yang congrate aku! =)

Friday, February 22, 2008

Geology Class

Today we had Dr Jamaal Hoesni from PETRONAS Research and Dr Arthur Van Vliet from PETRONAS Pmu as our adjunct lecturers. Yeah, as usual straight from 8am to 5pm but I enjoyed the lectures and had fun anyway :)

Dr Jamaal taught us how to interpret this group of data :

The green line indicates the depth where we can find the source rock ;) It was quite a complicated graph/data for us three, but we finally managed to interpret it well and correctly :) What a relief huh..

Then after the lunch break, I found a lalat on Naila's book. It was half-paralyzed by the freezing temperature of the room, I guess.. Because in a sudden the lalat was like lompat-lompat on the book!



(I know that the lalat was not paralyzed then..) This was truly precisely correctly proven when.. the lalat flew away.. Leaving us three in kegelakkan and kepelikan.. The lalat was having a nap, I guess, or it was really paralyzed (fortunately, just for temporary) Lucky lalat. Goodbye to you lalat~


This was the time when I couldn't concentrate on the discussion. Haha!

Tuesday, February 19, 2008

Sayangku Dia

Tak pernah terlintas pun kat otak ni untuk menjadikan dia sebagai isi entry kali ni.

Dia adela insan yang selalu sakitkan ulu hati ni.
Dia adela insan yang selalu wat mata ni kabur akibat pembiasan cahaya dek bertakungnya air mata.

Dia degil, serupa dengan Aku.
Dia pemarah, serupa dengan Aku.

Tapi aku jadikan dia sebagai teman rapat dalam hidup aku?
-Memang dia yang kadang-kadang punca hati aku menangis. Tapi dari dia jugakla aku rasa bahagia yang mana tahapnya setinggi infiniti sedalam infinit. Finit kedukaan.
-Pada dia aku luahkan semua perasaan aku. Bila marah, bebola api berhias lampu kelip-kelip kubaling pada dia. Bila rasa perlukan teman bergaduh, dia sasaran utamaku.
-Dengan dia aku jadi pendebat yang hebat yang mana aku rasa tahapnya lagi tinggi dari Karpal Singh dalam parlimen.
-Dengan dia aku belajar banyak perkara tentang hidup walaupun aku terpaksa mengaku di sini bahawa memasak adalah salah satu daripadanya.

Tiada lain yang aku harapkan melainkan aku&dia dapat menjadi yang terbaik dalam hidup masing-masing. Terbaik dalam segalanya. Itu sasaran kami sekarang. Kesalahan lepas aku nak jadikan teladan, jangan diulang lagi.

Terima Kasih kepada Ahmad Fitri Mohamed, teman rapat hati ini yang sudi mewarnai hidupku dengan warna magenta, cyan dan gabungannya.

Thursday, February 07, 2008

Intro To Petroleum Engineering

Barangkali menangis blog ni sebab lama sangat aku tinggalkan die. Tapi takpe, aku tak lupe ko wahai blog. Sekarang ni aku enjoy hidup aku kat UTP ni, tenang walaupun tak balik ke mana-mana sempena cuti Raya Cina ni.

Pasaan teruja bile da masuk 1st year ni, belum hilang lagi. Sume subjek yang aku amek sem ni bukanla sesuatu yang terlalu baru tapi aku enjoy sangat2 bile blaja tu. Untuk subjek Intro To Petroleum Engineering ni, memang sesuatu yg amat2 baru la. Kami didedahkan dengan ilmu2 asas drilling and so on. Yang menariknya, kami akan belajar 1modul tu dlm 1 hari je! Dari pukul 8pagi hingga 5petang, kami kene dengar kuliah. But no sweat! Sebab lecturer memang seronok habis la. Modul pertama kami aritu berkaitan dengan drilling engineering. Pergh.. memang kaw! Banyak jugak istilah baru yang kami belajar hari tu.

Hari tu, kami ade 2 talk. First talk disampaikan oleh McCrady, orang kelahiran AS yang kini bertugas sebagai staff engineer di PETRONAS. Pernah bertugas untuk SHELL dan SCHLUMBERGER juga kalau tak silap aku. Sudah lanjut usianya, yang mana membuatkan aku yakin pengalamannya dalam bidang ni memang luas.

Second talk, disampaikan oleh wakil dari SCHLUMBERGER iaitu En. Chandrasekhar. Berkhidmat untuk Schlumberger Drilling & Measurements. Dalam talk kali ni bealiau banyak mendedahkan kami cara2 drilling dengan lebih mendalam and ape yang aku boleh komen is, it was fantastic! Hehe

Tapi penat blaja seharian tu tak terasa sangat, sebab tu memang minat aku. Aku sangat2 tak menyesal pilih Petroleum Engineering sebagai bidang aku =) And lagi satu, jangan terkejut kalo aku cakap subjek ni tak masuk final =D Markah sume bergantung kat asignment dan jugak 5 test ;)

Dato' Onn Jaafar pernah berkata:
"...saya tidak mahu anak cucu saya meludahi kubur saya kerana tidak menjaga harta pusaka mereka..."
Jadi aku rasa memang tanggungjawab aku menuntut ilmu ni, untuk jage harta pusaka negara kite, yang mane aku rase petroleum tu salah satu harta yang berharga milik negara kite. Bukan dengan cara memelihara petroleum tu, tapi gagah mencari supaya dapat kite rasekan same2 manfaatnye =)